Thursday, May 28, 2009


SUBANG JAYA - Tiga lelaki hanya mampu mengalirkan air mata dan meluahkan kesyukuran sebaik mereka diselamatkan dari kurungan di sebuah bilik sebesar bilik tandas di Jalan PBS 14/2, Serdang Raya di sini semalam.

Mereka yang berusia 29 hingga 45 tahun itu dikatakan mula dikurung di situ sejak awal April lalu dan diseksa bagaikan 'tawanan perang' oleh sindiket ah long.

Menambahkan lagi penderaan, ah long terbabit hanya memberi sebuku roti kepada setiap mangsa dalam tempoh dua minggu sekali.

Kesemua mangsa juga hanya diberi minum air paip.

Selain itu, mangsa-mangsa yang berasal dari Kajang, Gombak dan Segamat, Johor itu turut dirotan sekiranya mereka membuat bising ketika berada dalam kurungan tersebut.

..Menarik..memang menarik..ah long dah ada penjara bagi mereka yang bersalah...

..Kenapa semua ini terjadi..apakah ini semua...

..Persoalannya..Salah siapa?..kenapa meraka yang di kurung ini meminjam dari ah long?..

..Kenapa kegiatan ah long ini masih berleluasa?..Tidak ada tindakan yang tegas dari pihak berwajib?

..Tidak adakah satu badan khas yang diwujudkan untuk membenteras kegiatan ah long?

..Aku simpati dan marah kepada mangsa..simpati sebab mereka menerima nasib begini dan marah sebab mereka pergi meminjam dari ah long..kerajaan dah sediakan pinjaman bank dah ada bagi pinjaman..kenapa pergi pinjam dengan ah long..kalau aku tanya mangsa ni mesti dia jawab..bukan senang nak mintak pinjam dengan bank..nak pinjam MARA kena ada rekod yang baik..nak pinjam Tekun..lambat sangat proses dan kena ada sokongan dari ahli politik yang kuat..
..itu jawapan mereka..

..Kalau jawapan macam tu aku akui sebab aku pernah lalui..Nak pinjam TEKUN..depa boleh tanya aku ni Ahli umno ke atau pembangkang..Ada ke itu yang di tanya..bukan nak tanya Perniagaan awak hadapi masalah apa sehingga perlukan pinjaman..atau yang sewaktu dengannya..

..Fikir Fikirkan lah...

1 comment:

  1. hah pasal TEKUN tu aunty naz pun pnah kena. baru nak pinjam RM10k. tapi soalan mcm nak pinjam 1 juta

    ReplyDelete