Monday, June 15, 2009

Membela PKM dan Chin Peng

Lee Ban Chen

Aku tertarik dengan tulisan saudara ini jadi aku terbitkan kembali dalam blog aku supaya kawan kawan dapat baca..dan khas juga utuk muhyiddin sembab yassin..kalau baca..tak pon konco konco gerombolan tolong ambik iktibar dari tulisan saudara lee ban chen ini.. sekian teruskan baca..

Dua puluh tahun dahulu, perjanjian damai Haadyai ditandatangani oleh kerajaan Malaysia dengan Parti Komunis Malaya (PKM), maka perang saudara ditamatkan, dan bermulalah suatu proses persefahaman yang menguntungkan perpaduan nasional dan pembangunan negara.

Antara lain, sumbangan PKM dalam perjuangan kemerdekaan akhirnya diakui kerajaan. Datuk Rahim Noor, bekas ketua polis negara dan ketua rombongan perunding masa itu mengumumkan bahawa sumbangan PKM dalam perjuangan kemerdekaan tidak dinafikan atau diperkitaikan oleh kerajaan.

Di samping itu, menurut Darshan Singh Khaira - peguam Chin Peng, Fasal 3.1 perjanjian damai itu menyatakan anggota PKM yang telah meletakkan senjata dan ingin kembali ke kampung halaman mereka di Malaysia dibenarkan berbuat demikian secara bebas.

Dengan kata lain, jika perjanjian damai diterima bulat oleh kerajaan, Chin Peng sewajarnya dibenarkan kembali ke Malaysia bersama-sama kawan-kawan seperjuangannya 20 tahun dahulu!

Oleh kerana permohonan Chin Peng untuk kembali ditolak oleh kerajaan, beliau terpaksa mengambil tindakan undang-undang melalui mahkamah. Mahkamah di semua peringkat hingga Mahkamah Persekutuan sama-sama tegas agar Chin Peng kemukakan surat kelahiran dan kewarganegaraannya untuk membuktikan beliau diperanakkan di sini.

Permintaan ini mustahil untuk Chin Peng, kerana dokumen-dokumen tersebut sudah hilang dalam huru-hara peperangan. Hakikat Chin Peng dilahirkan di Setiawan, Perak diketahui umum di dalam dan luar negeri, dan sanak-saudaranya dengan senang saja dapat menjadi saksi untuk memberi keterangan di mahkamah.

Rasanya permintaan mahkamah hanya merupakan alasan untuk menafikan hak Chin Peng untuk menetap di Malaysia berasaskan prinsip jus soli.

Pada 21 Mei, pengerusi Citizens International, SM Mohamed Idris merayu kepada kerajaan supaya membenarkan Chin Peng pulang atas alasan-alasan berikut:

• Melalui perjuangannya menentang imperialisme, penjajahan dan penindasan, beliau telah membawa kehormatan dan maruah kepada negara dan rakyat kita;

• Telah menjadi fakta sejarah yang sahih bahawa perjuangan yang dibawa oleh gerakan pembebasan pimpinan Chin Peng, Rashid Mydin, Abdullah CD, Shamsiah Fakeh dan lain-lain telah menyumbang ke arah kemerdekaan Malaya;

• Sumbangan gerakan ini diiktiraf sendiri oleh mantan perdana menteri Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj, bekas timbalan perdana menteri Tun Dr Ismail Abdul Rahman dan Tun Abdul Ghafar Baba, seorang lagi mantan timbalan perdana menteri;

• Perjanjian PKM dengan kerajaan Malaysia pada 1989 membenarkan bekas pemimpin gerakan gerila itu pulang ke tanahair dan menetap, kerajaan digesa menghormati butiran perjanjian tersebut.

• Beberapa bekas pemimpin kanan PKM seperti Abdullah C.D., Shamsiah Fakeh dan Musa Ahmad telah dibenarkan oleh kerajaan untuk kembali, malah menetap di Malaysia.

Pengerusi Gerakan Pulau Pinang Dr Teng Hock Nan menyokong saranan Citizens International dan turut menggesa agar kerajaan mengkaji semula keputusan menolak permohonan Chin Peng berasaskan semangat kemanusiaan, demi mengenang jasanya dalam proses memperjuangkan kemerdekaan Malaya.

Rayuan mereka berasaskan kerasionalan dan keadilan, dan sesuai dengan butiran dan semangat perjanjian Haadyai 1989.

Malangnya Dr Teng telah dijadikan kambing hitam oleh beberapa golongan berkepentingan politik yang cuba mengapi-apikan sentimen anti-komunis dan kebencian kaum, mereka cuba menyimpang tumpuan orang ramai terhadap kebuntuan politik mereka.

Seperti biasa, Utusan Malaysia tampil untuk mengorkestrakan gelombang anti-komunis, dan dalam beberapa hari saja, kita kembali dalam suasana seolah-olah ketakutan menjelang Operasi Lalang apabila sesiapa sahaja boleh dicap komunis atau pelampau dan ditahan bawah undang-undang ISA.

Menteri Penerangan, Komunikasi, Seni dan Kebudayaan, Rais Yatim mengancam akan mengambil tindakan terhadap blog-blog yang dianggap menyebarkan “ideologi komunis”, dan mahu sentimen yang menganggap komunisme mempunyai nilai-nilai nostalgia dan positif dilupuskan sama sekali dalam pemikiran seluruh rakyat Malaysia.

Rais seolah-olah masih terbelenggu dalam mind-set anti-komunis zaman perang dingin. Kepada beliau, PKM masih dianggap sebagai musuh sungguhpun perjanjian damai telah ditandatangani selama 20 tahun!

Dalam sebuah negara demokrasi, siapakah berhak untuk menegah orang lain daripada mengenang dan menyanjung pengorbanan dan perjuangan masa silam mereka yang membanggakan, atau bertafakur dan mengambil iktibar daripada pengalaman-pengalaman dan kejadian-kejadian lepas?

Tidak kira kamu seorang konservatif, beragama, liberal, radikal atau berlatarbelakangkan sebarang fahaman politik atau ideologi lain, kamu mempunyai hak-hak kemanusiaan terhadap kebebasan-kebebasan bersuara, pemikiran, kepercayaan dan keyakinan.

Dengan kata lain, bekas ahli-ahli PKM, termasuk Mat Amin, dan mereka yang masih percaya ada nilai-nilai positif dalam komunisme/Marxisme, atau apa-apa isme sekalipun, mereka juga berhak mempunyai blognya sendiri (seperti ruang siber menempatkan beribu-ribu blog seperti ini).

Mereka harus dibenarkan berblog, jika mereka hanya menggunakan komputer dan patuh kepada undang-undang siber negara kita, bukan melancarkan perjuangan bersenjata terhadap negara.

Kutukan Rais terhadap komunisme secara tuntas menjelang kunjungan rasmi Perdana Menteri Najib Razak ke negara komunis China adalah tidak wajar dan melanggar kesusilaan diplomatik, terutamanya apabila hubungan setiakawan dan ekonomi kedua-dua negara sedang meningkat ke tahap kerjasama strategik.

Menteri Pertahanan Dr Ahmad Zahid Hamidi juga tiba-tiba terhidu semacam ada usaha yang berbau komunis cuba hidupkan di negara kita. Saya tidak pasti gerangan apa yang dimaksudkan Zahid sebagai “ideologi dan nilai-nilai komunisme” yang amat abstrak itu.

Kini, kita hidup dalam dunia di mana semua ideologi dan nilai sedang mengalami perubahan yang pesat. Tanpa diberi definisi yang tepat, tuduhan beliau itu boleh ditafsirkan dengan sesuka hati untuk tujuan memomokkan orang ramai.

Bagaimanapun, jika sengaja dikaitkan pihak-pihak seperti Gerakan, DAP, PAS, PSM dan seterusnya – yang pernah mengakuri sumbangan PKM dalam memperjuangkan kemerdekaan negara kita – sebagai ingin menghidupkan semula komunisme di negara kita, maka mungkin Rais dan Zahid sendiri juga tidak percaya!

Zahid tidak setuju Chin Peng dibenarkan kembali ke Malaysia, beliau berpendapat jika Chin Peng kembali, ia merupakan penghinaan terhadap keluarga hampir 50,000 anggota pasukan bersenjata penjajah British dan kerajaan Malaysia yang maut semasa era darurat di Malaya.

Bercakap bagi pihak British, bukan bagi pihak PKM yang memperjuangan kebebasan nasional, membuktikan Zahid mengabdikan diri kepada kepentingan penjajah.

Perlu juga Zahid menerangkan kenapa bilangan kematian pasukan bersenjata British dan kerajaan Malaysia diperbesar-besarkan sehingga 50,000, sedangkan ahli sejarah pernah menganggarkan jumlah itu kurang daripada 2,000 bagi anggota pasukan bersenjata British dan kerajaan yang gugur dalam perang, dan kematian pasukan PKM pula mencecah 7,000.

Dua perkara penting berikut perlu dijelaskan. Pertama, dalam mana-mana perang sekalipun, tentu ada kematian dan kesengsaraan bagi kedua-dua pihak yang terlibat, cerita satu pihak saja tentu tidak adil kepada pihak yang satu lagi.

Padahal, dalam perang berjangka panjang seperti dalam perang anti-Jepun, perang pembebasan anti-British dan perang saudara selepas British meninggalkan negeri kita, jumlah kematian pihak PKM sebenarnya lebih beberapa kali ganda berbanding dengan jumlah kematian pihak British dan kerajaan Malaysia.

Di samping itu, beribu-ribu ahli dan penyokong PKM telah digantung mati, dipenjarakan, diseksa dan dibuang negeri. Rumah-rumah penduduk desa dimusnahkan, dan mereka dipaksa untuk pindah ke khemah-khemah tahanan (kampung-kampung baru) di merata negeri.

Kenapa kesemua pengorbanan dan kesengsaraan ahli-ahli dan penyokong-penyokong PKM dan penduduk-penduduk desa tidak disebut langsung oleh media-media arus perdana dan menteri-menteri berkaitan?

Yang kedua, kita perlu membezakan antara perang adil dengan perang tidak adil. Jelas sekali, perang anti-Jepun dan perang anti-British yang dilancarkan PKM adalah perang adil untuk mempertahankan negara dan rakyat.

Oleh itu, mereka adalah patriot tulen, jasa-jasa mereka yang membanggakan ini patut dicatat dalam buku sejarah di peringkat persekolahan kita. Mereka yang berperang sebagai proksi British tidak berhak untuk menuntut simpati daripada rakyat.

Mungkin kamu akan bertanya: kenapa PKM masih berperang selepas British meninggalkan Malaysia? Mereka sebenarnya terpaksa meneruskan perang kerana inisiatif mereka untuk mencapai perjanjian damai di Rundingan Baling pada 1955 telah digagalkan oleh penjajah British dengan meletakkan prasyarat PKM mesti menyerah diri.

Jawaban Chin Peng ialah: “Jika kamu menuntut kami serah diri, kami rela melawan hingga orang terakhir!” PKM padahal tidak meminta lebih daripada apa yang pernah Tunku Abdul Rahman tawarkan.

Saya petik daripada memoir Chin Peng yang telah diterbitkan:

“Memandang lurus merentangi dua meja, saya katakan, dulu Tunku pernah sebut jika perjuangan bersenjata kami dihentikan, parti kami akan diberi kedudukan setaraf agar kami dapat memperjuangkan kemerdekaan melalui cara perlembagaan. Namun syarat-syarat pengampunan sekarang tidak mengandungi perkara tersebut.” (alias Chin Peng, My Side of History, halaman 379)

Jadi, siapa yang harus disalahkan, Chin Peng atau Tunku?

..lu pikir la sendiri...

Anwar: Benarkan Chin Peng pulang

Atas dasar perikemanusiaan, bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng, patut dibenarkan pulang ke Malaysia, kata Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Dia (Chin Peng) umur pun dah tua. Dia nak balik ke kampung halaman dia. Kita dah benarkan dulu," katanya dalam sidang media selepas berucap dalam Kongres Khas PKR di Bangi hari ini.

Sejarah kita kena dilihat secara objektif dan (kita) ambil sikap peri kemanusiaan. Yang sudah sudahlah, kita kerja," kata Anwar, sambil menyifatkan isu komunis dimainkan media pro-pemerintah.

Menurut Anwar, ketika berada dalam kerajaan dahulu, beberapa pemimpin Umno, termasuk beliau pernah berkunjung ke China dan bertemu dengan pemimpin Parti Komunis China.

"Kita ada perjanjian damai. Kita bawa balik perbagai tokoh termasuk, Shamsiah Fakeh dan beberapa (pemimpin) yang lain. Bagi saya, atas dasar kemanusiaan dan konsisten dengan dasar, kita kita harus maafkan (Chin Peng).

"Dari segi Islam, ketika pembukaan Mekah, Rasulullah memaafkan semua kafir Quraish yang menyerang, membunuh dan melakukan keganasan terhadap Islam dan penyokong Rasulullah. Maknanya ada masa kita berdamai," katanya.

Chin Peng, 85, tinggal dalam buangan di Bangkok dan telah memohon kebenaran kerajaan dan juga melalui mahkamah untuk pulang ke Malaysia.

Dilahirkan di Perak sebagai Ong Boon Hua pada 1923, Chin Peng dianugerahkan Order of the British Empire (OBE) dan dua pingat kerana membantu British melawan pendudukan Jepun di Malaya dalam Perang Dunia Kedua.
Dia kemudiannya mengetuai Parti Komunis Malaya (PKM), yang disokong oleh China, melancarkan perang gerila terhadap penjajahan British dan kerajaan Malaysia, antara 1948 dan 1960.

Ahli-ahli sejarah menganggar kira-kira 2,000 tentera British dan pasukan keselamatan Malaysia terkorban serta 7,000 anggota komunis.

PKM kemudiannya menandatangani perjanjian damai dengan kerajaan Malaysia pada 1989 yang membenarkan beberapa pemimpin tinggi PKM pulang ke Malaysia.

Menurut Anwar lagi, Chin Peng harus dibenarkan pulang tetapi "ia tidak bermakna kita bersetuju dengan kesemua kesilpan yang telah dilakukannya".

Sebaliknya, kata beliau, pendiriannya mengenai Chin Peng itu adalah atas "alasan kemanusian" dan bukannya kerana beliau menyokong PKM kerana sewaktu masa mudanya, beliau menentang keras fahaman komunisme.

Banyak pihak, termasuk Persatuan Bekas Tentera Malaysia, menentang keras Chin Peng dibenarkan pulang ke Malaysia.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pula berkata sebarang saranan untuk membenarkan Chin Peng tidak akan dilayan dan menegaskan perkara itu hendaklah "ditutup".

Anwar berkata beliau menjangka Utusan Malaysia - akhbar milik Umno - akan "memutarbelit" kenyataannya mengenai Chin Peng hari ini.

Ada kemungkinan, katanya, mereka akan menulis tajuk "Anwar sokong Chin Peng" atau "PKR suara baru komunis".

..aku ingat dah abih isu mamat ni..rupanya ada lagi yang masih berjuang untuk memberi peluang kepada saudara chin peng..

...kalau saudara anwar ibrahim berkata demikian aku dari kuasa malaya akan menyokong kenyataan saudara anwar ibrahim ini..memang akhabr kerajaan akan berbuat demikian..da lepas ni boleh tengok pulak saudara ibrahim ali dari pasir mas akan buat satu lagi perhimpunan menghentam saudara anwar ibrahim,...berbaru ni dah buat perhimpunan rakyat merhain kali ni rakyat apa plak tak tau..kita sama sama tunggu ajalah..

..bagi tan ri sembab muhyidin yassin tolong fikir secara waras dan normal..jangan di sebabkan oleh kesembabpan anda tidak dapat berfikir secara rasional..nak tanya sikit muhyiddin sembab yassin ni ada ke dapat pingat dari kerajaan british?kah kah kah..pingat sukma pon takde lagi mahu banyak cerita..


salam sejahtera

Salam sejahtra buat semua yang membaca blog aku nie..hahaha..aku lama tak update sebab aku agak agak sibuk juga kebelakangan ini dengan kerja kerja yang datang dan peluang peluang yang hadir dalam hidup aku kebelakangan ini..di samping sibuk memikirkan apa lagi yang bakal nak berlaku dalam malaysia lepas nie..Macam macam benda yang berlaku pada aku kebelakangan ini sejak sejak kegawatan ekonomi melanda dengan begitu serius sekali..kalau sebelum ni ada aku postkan pasal komunis dan sedikit sejarah perjuangan pejuang pejuang kemerdekaan haluan kiri yang dikatakan oleh golongan golongan melayu elit sebagai pengkhianat bangsa..aku nak tekankan sekali lagi bahawa mereka ini sebenarnya layak di kenang dan layak di hargai..seperti pejuang pejuang kemerdekaan yang lain..aku terpikir gak idea member aku bagi dalam kami berbual kosong..ada dia cakap nak buat satu petisyen menyokong supaya chin peng di beri peluang utk balik ke tanah air..hahaha agak bagus jugak tu..korang rasa kalau aku ikut idea member aku tu aku kena ISA tak..tak pon kena tembak..atau kena sembelih dengan rakyat malaysia..

korang kalau rasa idea member aku tu bernasa lagi mantap tolong berikan sokongan nnt aku akan buat..hahaha sama sama kite kena tahan ISA tak pon kena tembak ngan orang kampung..amacam ada berani..aku?aku berani jer
oklah cukup merapu rapu baca post seterusnya..

Friday, June 5, 2009

Parti Komunis Malaya

Parti Komunis Malaya ( Malayan Communist Party) atau singkatannya PKM ialah sebuah pertubuhan yang diasaskan di Tanah Melayu (sekarang Malaysia) pada tahun 1930. Pertubuhan ini menentang penjajahan British yang ketika itu itu sedang memerintah Tanah Melayu. Ketika kedatangan Jepun, PKM membentuk Malayan People's Anti-Japanese Army (MPAJA) untuk berperang dengan mereka.

Pemberontakan bersenjata (1948 - 1989)

Jepun mula menakluki Tanah Melayu pada 13 Februari 1942 sehingga 15 Ogos 1945. Kezaliman sewaktu memerintah adalah pahit. Jepun berjaya menakluki Tanah Melayu telah mendapat sokongan daripada anak negeri yang terperangkap dengan janji-janji kemerdekaan yang telah dijanjikan. Jepun juga turut menghampakan harapan mereka yang terperangkap dengan janji-janji Jepun untuk memberikan kemerdekaan dengan Propaganda jepun iaitu "Asia untuk Orang Asia" dan "Semangat Asia". Kekerasan berlaku. Mereka yang disyaki menentang Jepun akan dibunuh. Akibat kezaliman Jepun itu, semangat cinta akan tanah air telah dipupuk.

Pada Zaman Pendudukan Jepun, rakyat hidup dalam sengsaraan. Kezaliman dan kekejaman yang dilakukan oleh Kempetai amat ditakutkan. Kempetai merupakan unit polis yang menangkap sesiapa yang disyaki menentang Jepun. Banyak masalah sosial juga ditimbulkan. Ekonomi merosot, ramai yang mati kebuluran, hasil pertanian dirampas, bilangan pengangguran semakin meningkat, ubat-ubatan tidak cukup menyebabkan ramai yang mati kerana penyakit. Orang Cina yang menghantar bantuan kepada negara China apabila Perang Jepun dengan China ditangkap dan dibunuh dengan penuh kezaliman. Memaksa rakyat membina Keretapi Maut di negara Thai. Dasar penjepunan diperkenalkan, sekolah-sekolah diganti dengan sekolah Jepun, bahasa Nippon-go digunakan, Kamigayo iaitu lagu kebangsaan Jepun dinyanyikan, tulisan Jepun ditulis. Perbuatan tersebut menyebabkan kelahiran MPAJA iaitu Tentera Anti Jepun Tanah Melayu, Force 136, Gerila Kinabalu dan lain-lain gerakan yang menentang Jepun. Akhirnya, Jepun menyerah kalah tanpa syarat setelah Hiromshima dan Nagasaki dibomkan. Walaupun Jepun telah menyerah kalah kepada tentera Berikat, tetapi banyak kesan-kesan positif malah negetif diwujudkan. Antaranya, Zaman Pendudukan Jepun itu telah membangkitkan semangat patriotik di kalangan rakyat tetapi masalah perpaduan telah diwujudkan serta masyarakat menjadi kucar-kacir. Ramai yang mati akibat kelaparan dan dijangkiti penyakit.

Setelah Jepun menyerah kalah, MPAJA yang juga dikenali sebagai Parti Komunis Malaya ditubuhkan pada 20 April 1930. Yang pada awalnya bekerjasama dengan pihak British untuk menentang pendudukan Jepun berdasarkan perjanjian yang dibuat pada 8 Disember 1940, mengambil peluang untuk membalas dendam terhadap sesiapa yang dianggap bersubahat dengan Jepun.

Menerusi MPAJA, bantuan senjata, latihan, kewangan, bekalan lojistik dan perubatan telah diperolehi dari British. Dalam tempoh 3 tahun kekuatan tentera MPAJA dianggarkan sebanyak 7,000 anggota dan tidak hairanlah apabila darurat berlaku pihak British dan anggota pasukan keselamatan terpaksa berhadapan dengan kesukaran menghapuskan sekumpulan tentera yang telah dilatih untuk berperang. Manakala dari segi penglibatan negara luar pula, Parti Kuomintang dari China memainkan peranan yang penting untuk menyebarkan perfahaman komunis ke Tanah Melayu. Cawangan Kuomintang di Tanah Melayu diharamkan oleh British. Walau bagaimanapun, golongan komunis di Tanah Melayu menubuhkan Parti Komunis Nanyang tetapi diharamkan pada tahun 1930 kemudian menubuhkan pula Parti Komunis Malaya.

Tujuan penubuhan PKM adalah untuk menghalau British keluar dari Tanah Melayu dan menubuhkan Republik Komunis. Semasa pemerintahan Jepun PKM menubuhkan MPAJA untuk menentang Jepun. MPAJA mendapat sokongan daripada orang Cina.

Selepas Jepun menyerah kalah, Parti Komunis Malaya telah mengambil kesempatan untuk berkuasa menerusi gerila-gerila MPAJA dan melalui beberapa pertubuhan seperti Min Yuen, MRL dan sebagainya. Beberapa siri keganasan dan rusuhan serta pergaduhan antara kaum telah berlaku di Tanah Melayu, terutamanya di bahagian selatan Tanah Melayu. Akibatnya, orang-orang Melayu mulai bertindak-balas terhadap kekejaman anggota komunis Bintang Tiga, seperti pasukan yang diketuai oleh Panglima Salleh Selempang Merah. Kembalinya British dengan pentadbiran tenteranya (BMA) dalam tempoh yang singkat menyebabkan komunis Bintang Tiga tidak berjaya mengembangkan pengaruh mereka. Akibat kegagalan komunis Bintang Tiga merampas Tanah Melayu dengan gerakan bersenjata, telah membawa kepada persetujuan pembubaran tentera MPAJA dan perletakan senjata api disamping pembayaran saguhati kepada gerila-gerila terbabit.

Bagi meraih simpati, mengindoktrinasi fahaman komunis dan mendapatkan sokongan orang-orang Melayu, pihak Parti Komunis Malaya telah mengasaskan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang diasaskan oleh Ahmad Boestamam berfahaman kebangsaan dan Mokhtaruddin Lasso (MPAJA) berfahaman komunis pada 17 Oktober 1945. Parti Komunis Malaya telah menguasai Parti Kebangsaan Melayu Malaya melalui tokoh-tokoh jawatankuasanya yang terdiri daripada Mokhtaruddin Lasso (Presiden), Arshad Ashaari (bendahari), Rashid Maidin, Abdullah C.D. Parti Kebangsaan Melayu Malaya lebih cenderung bagi Tanah Melayu menyertai Indonesia bagi mendapat kemerdekaan pada 1949.

Terbentuknya Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948 merupakan kekalahan kepada Parti Komunis Malaya kerana golongan ini telah diketepikan oleh British. Parti Komunis Malaya telah menukar strategi dan mula mencetuskan kegagasan melalui mogok dan rusuhan. Pihak British bertindak balas dengan mengharamkan pemimpin politik daripada mengetuai kesatuan pekerja, dengan itu melemahkan kedudukan komunis Bintang Tiga.

Pihak komunis Bintang Tiga kemudiannya mulai mengangkat senjata dan beberapa siri serangan dan serangan telah berlaku. Bagaimana pun, insiden pada 16 Jun 1948 iaitu pembunuhan tiga orang pengurus estet berbangsa Eropah di Sungai Siput, Perak telah membawa kepada pengistiharan darurat oleh Sir Edward Gent. Apabila keadaan bertambah teruk, pada 12 Julai 1948, darurat diistiharkan ke seluruh negara. Parti Komunis Malaya telah diharamkan pada 23 Julai 1948. Seluruh angkatan bersenjata telah digerakkan termasuk Senoi Praaq bagi menentang komunis.

Akibat kesukaran dan kekurangan sokongan dari masyarakat, pemimpin Parti Komunis Malaya, Chin Peng telah meminta perundingan diadakan pada tahun 1955. Rundingan Baling ini yang diadakan pada 28-29 Disember 1955 tidak membawa apa-apa keputusan drastik. Ini disebabkan kerajaan menawarkan pengampunan dengan syarat Parti Komunis Malaya dibubarkan, tetapi Chin Peng pula meminta Parti Komunis Malaya dibenarkan untuk bergerak sebagai sebuah parti politik. Pihak kerajaan yang telahpun mencapai kemajuan dalam membasmikan Parti Komunis Malaya, dan menimbangkan kekejaman Parti Komunis Malaya terhadap rakyat sebelumnya, menolak usul membenarkan Parti Komunis Malaya dibenarkan bergerak sebagai sebuah parti politik. Tunku kemudiannya menegaskan kepada rakyat bahawa Parti Komunis Malaya bertindak menentang kerajaan sah yang telah dipilih rakyat dan merdeka daripada penjajahan British.

Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 ketika darurat masih lagi berkuatkuasa. Pada 31 Julai 1960, darurat ditamatkan setelah ancaman komunis semakin berkurangan dan pengunduran mereka ke sempadan Tanah Melayu dan Thailand. Penempatan baru komunis di sempadan telah membolehkan mereka mengumpul dan memulihkan kekuatannya.

Selepas sekian lama dan atas kesedaran pucuk pimpinan Parti Komunis Malaya, maka pada 2 Disember 1989, Perjanjian Damai (Perjanjian Haadyai) telah ditandatangani di antara Parti Komunis Malaya dengan Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Thailand. Perjanjian bersejarah itu telah menamatkan perjuangan bersenjata Parti Komunis Malaya selama 41 tahun dan mengembalikan taat setianya kepada Yang di-Pertuan Agong dan patuh kepada Perlembagaan dan undang-undang negara.

Angkatan Wanita Sedar

Angkatan Wanita Sedar (singkatan: AWAS) ialah sebuah organisasi yang ditubuhkan oleh Jabatan Wanita, Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) pada Februari 1946. AWAS ini bergerak sendirian seperti juga Angkatan Pemuda Insaf (API). Badan wanita ini dipimpin oleh Shamsiah Fakeh. Angkatan Wanita Sedar ini berhaluan Sosialis.

Pada 22 Februari 1947, AWAS menyertai Pusat Tindakan Rakyat (PUTERA), sebuah parti campuran yang terdiri daripada enam parti politik sayap kiri yang diketuai oleh Ishak Haji Muhammad (Pak Sako) daripada Parti Nasionalis Melayu (MNP). Angkatan Wanita Sedar ini kemudian diharamkan oleh kerajaan pada tahun 1948.

Angkatan Pemuda Insaf

Angkatan Pemuda Insaf (API) merupakan sebuah parti politik yang ditubuhkan pada 17 Februari 1946 di Ipoh, Perak, oleh Ahmad Boestamam, Abdul Rahman Rahim dan Bakar Thareek.

API adalah sebuah badan politik kiri dan sosialis Melayu yang pada asalnya merupakan sayap pemuda Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM). Parti ini mempunyai kaitan yang sangat rapat dengan Gabungan Pemuda Demokratik Sedunia dan Pertubuhan Lembaga Pemuda Bangsa Asia di Indonesia yang banyak mempengaruhi API dalam setiap sudut perjuangannya.

Parti ini diharamkan oleh kerajaan British pada 17 Julai 1947 dalam Warta Kerajaan Malaya Union. Tindakan mengharamkan pertubuhan yang berhaluan kiri itu adalah mengikut Ordinan Persatuan, 1947 (Societies Ordinance, 1947).

Tindakan mengharamkan API didakwa disebabkan kekacauan yang dilancarkan oleh AMCJA-PUTERA serta kegiatan-kegiatan golongan kiri yang dipelopori oleh API. Kerajaan British juga mendakwa asas-asas perjuangan API yang membahayakan melalui buku Testament Politik API yang ditulis oleh Ahmad Boestamam. API merupakan pertubuhan politik yang pertama diharamkan oleh British.

Ideologi dan perjuangan API


Tujuan berdirinya API sebagaimana yang terkandung dalam buku "Testament Politik A.P.I." adalah:

  • Menyatukan pemuda-pemuda insaf dalam satu barisan.
  • Mengukuhkan barisan perjuangan untuk bangsa dan tanah air.
  • Memberi latihan sahsiah, rohani dan jasmani kepada pemuda-pemudanya supaya bersedia menjadi pemimpin bila dikehendaki.
  • Membina semula Malaya mengikut fahaman demokrasi yang sejati berdasarkan kedaulatan rakyat.
  • Menuntut perwakilan dalam pemerintahan Malaya.

Sementara itu tuntutan API pula adalah seperti berikut:

  • Tuntutan politik: Negara merdeka, demokrasi tulen, pemerintahan datang dari rakyat dan faedah kebajikan untuk rakyat (dari rakyat untuk rakyat).
  • Tuntutan ekonomi: Gagasan ekonomi yang teratur dari rakyat untuk rakyat. Susunan ekonomi yang dipegang oleh negara.
  • Perubahan susunan masyarakat dan keadilan sosial: Keadilan sosial adalah merupakan kayu pengukur sama ada demokrasi berjalan sepenuhnya atau pun tidak. API menyatakan bahawa selagi ada susun kelas mesyarakat selagi itulah demokrasi tidak tulen. API mahukan penentangan kelas antara rakyat dihapuskan dalam masyarakat bangsa Melayu.
...Baca dan fikirkanlah...

Kesatuan Melayu Muda

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Kesatuan Melayu Muda (KMM) ditubuhkan pada 1938 di Kuala Lumpur, ibu negara Negeri-negeri Melayu Bersekutu oleh Ibrahim Yaakob untuk melindungi hak-hak orang Melayu dan menentang penjajahan British. KMM merupakan pertubuhan politik bersifat kebangsaan yang pertama di British Malaya. Pertubuhan ini berhasrat untuk menggulingkan pemerintahan Inggeris di Tanah Melayu dengan tindakan keras dan menyatukan Tanah Melayu dengan Indonesia di bawah Panji Melayu Raya. Perjuangan yang amat radikal ini menyebabkan pihak Inggeris menggangap mereka pejuang berhaluan kiri.

Anti penjajah British

Penubuhan KMM berkait rapat dengan keadaan di Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI), yang kini dikenali sebagai Universiti Pendidikan Sultan Idris di Tanjung Malim,Perak pada tahun 1930-an. Semangat anti-British dipanaskan melalui syarahan dan penulisan di maktab tersebut. Cikgu Ibrahim Yaakob sendiri merupakan seorang bekas guru pelatih maktab itu. Antara bekas pelajar MPSI yang lain yang bergiat di dalam KMM adalah Hassan Manan, Abdul Karim Rashid dan Mohd Isa Mahmud.

Selepas penubuhan pusat KMM di Kuala Lumpur, ahli-ahli KMM yang ramai terdiri daripada guru-guru graduan MPSI mula menyebarkan sayap KMM ke pelusuk Tanah Melayu. Kemudiannya, KMM dan beberapa pertubuhan Melayu yang lain telah mengaturkan satu kongress Melayu di Kuala Lumpur pada Ogos, 1939. Kongress kedua telah diadakan di Singapura pada Disember 1940. Kongress sepatutnya diadakan di Ipoh pada tahun 1941. Akan tetapi, kehendak itu terhalang apabila Perang Dunia II meletus dan Tanah Melayu jatuh ke tangan Jepun.

Selepas penubuhan pusat KMM di Kuala Lumpur, ahli-ahli KMM yang ramai terdiri daripada guru-guru graduan MPSI mula menyebarkan sayap KMM ke pelusuk Tanah Melayu. Kemudiannya, KMM dan beberapa pertubuhan Melayu yang lain telah mengaturkan satu kongress Melayu di Kuala Lumpur pada Ogos, 1939. Kongress kedua telah diadakan di Singapura pada Disember 1940. Kongress sepatutnya diadakan di Ipoh pada tahun 1941. Akan tetapi, kehendak itu terhalang apabila Perang Dunia II meletus dan Tanah Melayu jatuh ke tangan Jepun.

Sewaktu Perang Dunia II semakin menghampiri Tanah Melayu,pemuda-pemuda KMM telah menyemarakan semangat anti-British. Pada 1941, Konsul Jeneral Jepun di Singapura telah membantu KMM membeli akhbar Melayu di Singapura yang dipanggil Warta Malaya dengan memberikan kemudahan kewangan. Pada tahun 1941, pihak British telah mula mengesan pengaruh Jepun di dalam KMM. British telah memerhati KMM dengan dekat dan pada akhir tahun 1941, pucuk kepimpinan KMM termasuk Ibrahim Yaacob dipenjarakan. Perjuangan KMM menjadi lemah apabila ramai pemimpin mereka ditangkap. Kelemahan mereka semakin ketara apabila Jepun mula menduduki Tanah Melayu.

Semasa tentera menyerang Tanah Melayu, pemuda-pemuda KMM telah membantu kemaraan tentera-tentera Jepun ke Tanah Melayu sepanjang tahun 1941-1942 sebagai penunjuk jalan dan juru bahasa. Ibrahim dilatih selama enam bulan dan sebelum Jun 1944 dia dilantik sebagai Komandan Giyuugun dengan pangkat Leftenan Kolonel. Dengan bantuan tentera Jepun pasukan Giyuugun telah ditubuhkan di Semenanjung Tanah Melayu dan di Sumatera.

KMM mempunyai hubungan yang akrab dengan Jepun. Pada Januari 1942, KMM meminta kemerdekaan Tanah Melayu dengan rasminya daripada Jepun. Ini membuatkan KMM sebagai badan politik kebangsaan Tanah Melayu yang pertama yang berbuat demikian. Walaupun begitu, Jepun menolak permintaan tersebut.

Pertemuan Taiping 1945

Pada 13 Ogos 1945, Ibrahim Yaakub telah bertemu dengan delegasi Ir Sukarno, Drs Mohammad Hatta, Drs Burhanuddin Helmi dan Mejar Jeneral Umezu di bandar Taiping, Perak. Sukarno dan Hatta singgah di Lapangan Terbang Taiping dalam perjalanan pulang dari Saigon, Vietnam ke Indonesia.[1] Mereka menyatakan bahwa rakyat di Tanah Melayu ingin bersatu dalam negara Indonesia. Ibrahim Yaakob lahir di Temerloh,Pahang pada 1911. Beliau berketurunan Bugis dan mengkagumi karisma Sukarno. Ibrahim Yaakob menegaskan kepada Sukarno bahawa orang- orang Melayu bertekad untuk menjadi orang Indonesia yang merdeka.

Indonesia Raya tidak menjadi kerana Jepun menyerah kalah secara tiba-tiba pada 15 Ogos 1945. Ibrahim diarahkan membubarkan Giyuugun . Pada 19 Ogos Ibrahim,isterinya, iparnya Onan Haji Siraj dan Hassan Hanan terbang ke Jakarta dengan pesawat tentera Jepun. Sukarno mengaskan gagasan memasukkan Malaya tidak mudah kerana terpaksa berjuang menentang dua kuasa besar iaitu Belanda dan British.

Sukarno menyarankan Ibrahim dan rakan rakan-rakan berjuang di pulau Jawa untuk mencapai 'Indonesia Raya'. Sehingga 1973 barulah Ibrahim kembali ke Malaysia kerana sebelum itu kerajaan Malaysia melarang beliau kembali.

...Itulah antara fakta sejarah yang jarang jarang kita ketahuii..jadi janganlah kiter terus di perbodohkan lagii..di tipu lagii..mahukah kita melihat satu malaysia di tipu..

MASIH LAGI KISAH KOMUNIS


HARI INI DALAM SEJARAH


Hari ini aku ingatkan kisah mengenai parti komunis malaya (PKM) sudah habis di bicarakan oleh rakyat dan kalangan pemimpin malaysia..tercetusnya kisah parti komunis malaya ni apabila salah seorang dari pemimpin parti politik menyuarakan pendapat agar bekas pemimpin parti komunis malaya ini di benarkan balik ke malaysia..Maka ramailah yang tampil memberi pandangan dan kutukan yang berbeza beza tpi kebanyakannya tak bersetuju dengan usul yang di luahkan..Ramai yang tampil untuk jadi hero..Ada yang sanggup tunggu di lapangan terbang umtuk menjadi orang pertama menyembelih saudara Ching Peng..Kenapa dia nak sembelih chin peng..sebab tangan dia hancur ketika operasi memburu komunis di sarawak..Dia pergi cari komunis kat sarawak yang chin peng ada kat semenanjung masa tu..Apa punya bangang la mamat ni (baca mingguan malaysia minggu lepas)..Apa kena mengena chin peng dengan tangan dia hancur di serawak..itulah antara yang begitu membenci parti komunis malaya..

..Hari ini aku ada terbaca dalam blog saudara hishamuddin rais..cerita bagaimana fakta sejarah cuba di tukar..cuba menipu rakyat malaysia yang aku rasa kebanyakkanya dah lupa sejarah perjuangan sebelum merdeka..Rajin rajin la bukak Wikipedia..kalau tak tahu apa itu wikipedia tanya pakcik google..Apa post itu..bacalah di bawah..

... Chin Peng bukanlah orang yang pertama yang memberontak melawan British. Sebelum Parti Komunis Malaya (PKM atau MCP - Malayan Communist Party), sudah ada Kesatuan Melayu Muda (KMM) yang bergerak sebelum Perang Dunia II. Mereka tidak mendapat sokongan penuh daripada orang Melayu Semenanjung kerana mereka cenderung ke kiri. Dengan itu perjuangan mereka tidak begitu berhasil. Namun terdapat beberapa pertubuhan yang secara tidak langsung mewarisi perjuangan mereka. Malay Nationalist Party atau Party Kebangsaan Melayu, Angkatan Belia Insaf dan Putera adalah di antara pertubuhan yang meneruskan perjuangan KMM. Mereka juga tidak mendapat sokongan daripada majoriti orang Melayu kerana disyaki dipengaruhi oleh Komunis.

...Siapa yang buat kenyataan itu..tun dr mahathir bekas pedana menteri malaysia yang dah nyanyuk tapi masih lagi gilakan kuasa..Dia ni lagi teruk dari Chin Peng nie..Aku rasa laa..

..tugas korang fikir fikirkanlah..kat mana nak cari artikel tu bukak web malaysiatoday....

Thursday, June 4, 2009

Dadah: Anak ahli politik didakwa..kosmo


KOTA BHARU - Seorang anak pasangan ahli politik di negeri ini didakwa di Mahkamah Sesyen di sini semalam atas tuduhan memiliki pil kuda dan pil Eramin 5.

Irfan Ismail, 27, dituduh melakukan perbuatan itu di hadapan sebuah rumah di Taman Setia Kasih, Wakaf Bata di Machang kira-kira pukul 1.30 pagi pada 23 Mei lalu.

Tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah ketika pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Wan Fadhilah Nor Wan Idris.

Mengikut kertas pertuduhan, Irfan dikatakan memiliki 1,050 biji pil kuda anggaran berat 105.6 gram dan pil eramin 5 dengan berat kira-kira 12 gram yang disyaki mengandungi dadah jenis Metaphetamine.

Pil tersebut dijumpai di dalam kereta milik tertuduh di hadapan sebuah rumah di Taman Setia Kasih, Machang.

Dia dituduh mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39A (2) akta yang sama.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 20 tahun serta tidak kurang 10 sebatan.

....Anak ahli politik..Ahli politik mana..tak di dedahkan..sbb takut nanti lesen akhbar kena tarik..

...kah kah kah..Anak raja petra kena tangkap kes curi motor masuk berita muka depan..cover lagi dalam media elektonik..tak cukup lagi dalam media internet..sebar satu dunia..

....Kah kah kah...Siapa mak bapak mangkuk tingkat nie..

....Dari Parti mana...Kah kah kah..Gerombolan kah..Pas kah..Keadilan kah..DAP?..

....Anak jual dadah...Bapak dia jual apa agaknyaaa....

...fikir fikirkanlah.....

..woit mungkee wartawandedahkan laaa anak siapa..biar satu malaysia tahu..baru kena dengan konsep PM(pahlawan Momggolia)najib razak..konsep satu malaysia..

...kah kah kah..jangan tipu satu malaysia dah laa..

'Bumbung stadium tiada sijil siap kerja'..kosmo

KUALA TERENGGANU - Bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak di sini yang runtuh pagi kelmarin tidak memiliki Sijil Siap Kerja yang dikeluarkan Jabatan Kerja Raya (JKR).

Timbalan Pengarah Kerja Raya Negeri, Ghazali Hashim mengesahkan perkara itu dan berkata, bumbung berkenaan adalah antara kemudahan di stadium itu yang belum diberikan sijil tersebut.

Katanya, mengikut amalan kerja, JKR akan mengeluarkan Sijil Siap Kerja terhadap bangunan milik kerajaan yang sudah siap dibina.

"Hanya kemudahan seperti trek, padang selain beberapa tempat di luar stadium telah diberikan sijil itu. Sijil itu telah dikeluarkan semasa penganjuran Sukan Malaysia (Sukma) pada 31 Mei tahun lepas.

"Bumbung stadium belum diberikan sijil tersebut kerana masih dalam tempoh kecacatan (jaminan)," katanya ketika ditemui selepas mengiringi Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek meninjau stadium berkenaan semalam.


...fikir fikirkanlahh..

..,kah kah kah....Perambat idris jusoh ngan ahmad said dgn keropok lekor..

...berani dia nieh..kalau runtuhlah masa sukma dulu..

...JKR (jaga kroni rasuah) ..

..SPRM (sorok pemimpin rasuah d malaysia)

..aduyaiii..bangkitlahhhh...

Stadium: Mampat gesa tubuh badan siasatan bebas

Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (Mampat) merayu kepada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin campurtangan supaya ditubuhkan sebuah badan bebas bagi menyiasat kejadian bumbung Stadium Sultan Mizan di Gong Badak roboh pagi semalam.

Pengerusi Mampat, Mohamad Fauzi Abu Samah berkata badan bebas diperlukan kerana pihaknya bimbang, dengan penglibatan orang-orang politik dalam kes itu, ia akan "disenyap dan didiamkan " sahaja.

"Mampat merafak sembah memohon Tuanku mengarahkan penubuhan badan ini, demi hak dan maruah rakyat Terengganu," kata Mohamad Fauzi dalam satu kenyataan hari ini.

terengganu gong badak stadium collapse sultan mizan 020609Mampat turut mempertikaikan bumbung boleh runtuh sedangkan kos pembinaan stadium itu berjumlah lebih RM250 juta dan runtuh setahun sebulan selepas dirasmikan oleh Sultan Mizan, yang juga Sultan Terengganu.

"Adalah memeranjatkan dan memalukan bagaimana binaan yang menelan belanja sedemikian rupa boleh runtuh dan rosak sehingga melebihi 60 peratus struktur bumbung.

...hahahaha..ini lagi satu mangkuk tingkat..ada pulak mintak sultan yang campurtangan..woit mana MB kamu..
...Tubuh satu badan siasatan..tak payah la dah tentu jawapannya sama aja..kiter akan ambil tindakan selepas siasatan selesai..kah..kah..kah..
..Terperanjat?Malu?..woi masa ambil rasuah tak der rasa terkejut ke..malu ker..

Dakwa campurtangan politik
...
Mampat juga turut menyiarkan gambar-gambar tersebut di dalam blognya - www.mampat.blogspot.com .

"Ketidakcaknaan ini telah menyebabkan berlakunya 'celaka' ini," katanya

Mampat, tegas Mohamad Fauzi, telah menerima pelbagai rungutan, aduan dan maklumat daripada rakyat Terengganu berkenaan dengan stadium tersebut.

Antaranya, kata beliau, mereka mendakwa terdapatnya campurtangan orang politik dalam pelantikan kontraktor tambahan walaupun telah 'disenaraihitam' manakala pembekal juga dikaitkan dengan orang politik yang sama.

"Mampat juga difahamkan bahawa terdapat tuntutan V.O sebanyak RM 30 juta sebelum pilihanraya Mac 2008 yang lalu. Alasan tuntutan yang digunakan adalah untuk kerja-kerja baik pulih kerja-kerja 'ringan'," kata Mohamad Fauzi.

Namun, katanya, Mampat tidak tahu, kenapa dan bagaimana kelulusan ''mee segera' boleh dilakukan kerana mendakwa tidak nampak apakah yang dimaksudkan dengan 'kerja-kerja' ringan tersebut.

Sehubungan itu, badan itu juga menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat kejadian ini kerana percaya terdapat "unsur-unsur penyelewengan" di dalam pembinaan stadium tersebut.

...kah kah kah..memang la ada campurtangan politik..projek juta juta tak campor tak blehh...

...hahaahahahha..V.O untuk kerja 'ringan ringan'..hahahahahaha..sebelum pilihanraya?hahahahahahaha

...ringan ringan ngan china doll kat bukit bintang la tuu...buat lobi sebelum pilihanraya..

..woit mangkuk bukan unsur unsur penyelewengan lah..memang dah la seleweng...nak suruh siasat apa lagi..tangkap aja..dedahkan aja..semua dah tahu satu malaysia dah tahu..

..jangan tipu satu malaysia pulak lepas nie...hahahahhaha

Tuesday, June 2, 2009

Bumbung Stadium Gong Badak runtuh




Bumbung utama Stadium Bolasepak Gong Badak, Terengganu yang dirasmikan oleh Sultan Terengganu tahun lalu, runtuh kira-kira jam 7.30 pagi ini.

Perkara itu disahkan oleh timbalan pengerusi Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (Mampat), Tengku Ahmad Tengku Hussein ketika dihubungi hari ini.

Menurut lamanweb Mampat, kejadian itu mengakibatkan sebuah kereta kancul dan empat buah motosikal tertimbus

Sementara itu, sumber yang mengetahui mengenai projek tersebut, berkata beliau tidak terperanjat dengan kejadian tersebut.

Menurutnya, juruperunding-juruperunding yang terbabit dalam projek tersebut telah lama menyuarakan kebimbangan mereka tentang keadaan bumbung utama stadium yang dibuat oleh kontraktor asing.

"Walaupun sudah tahun memintanya dari kontraktor asng tersebut, difahamkan mereka masih belulm menerimanya," katanya.,

Sumber itu berkata, projek pembinaan stadium tersebut dijalankan di bawah penyeliaan Jabatan Kerja Raya.

Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin yang berharga RM270 juta dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin pada 10 Mei tahun lepas.

Stadium berkenaan menjadi mercu tanda Terengganu dan gelanggang bagi beberapa acara utama pada Sukan Malaysia (Sukma) 2008 dan perlawanan bola sepak Liga Super.


..Satu lagi runtuhan kali ni stadium pulak..kalau sebelum ini di kejutkan dengan kejadian banggunan yang dalam proses runtuhan runtuh..kali ini dikejutkan pulak dengan banggunan stadium yang gah berdiri yang menjadi gelanggang acara sukan tiba tiba runtuh..

...Kalau dilihat projek stadium ini di bawah penyeliaan Jabatan Kerja Raya(JKR) atau nama lain yang aku rasa sesuai JAGA KRONI RASUAH..

...Tengok harga projek berapa banyak agaknya kroni rasuah ni ambil...

..Kenapa perkara sebegini berlaku..Fikir fikirkanlah...

Pojek membodohkan satu malaysia..

..Aku terpanggil untuk letak post sebegitu sebab aku rasa geram dan marah dengan sikap pemimpin pemimpin politik di dalam malaysia khususnya yang datang dari negeri kelantan dari sebelah pihak gerombolan UMNO..kenapa mereka mahu terus membodohkan rakyat..apaka ini kerana dasar PM(pahlawan monggolia)najib razak..konsep satu malaysia..

Apa konsep Pahlawan monggolia tadi (PM najb razak)..satu malaysia..
konsep membodohkan satu malaysia..konsep menipu satu malaysia..bagi aku laa..

Datuk ibrahim ali yang juga ahli parlimen pasir mas yang bertanding di atas tiket pas sebagai calon pilihanraya sepatutnya mendedahkan kemajuan yang sedang berlaku di kelantan..kenapa nak tipu rakyat malaysia dengan mengatakan sebegitu..apakah beliau jarang balik ke kelantan atau saja buat buat tak nampak pembangunan yg sedang berjalan..

Aku sendiri memang kerap juga ke kelantan dan aku kagum dengan suasana perniagaan dan ekonomi di kelantan selain dari pembangunan yang berjalan..bagi aku kerajaan kelantan menjalankan sesuatu pembangunan mengikut kehendak dan keperluan rakyat bukan buat secara memkhinzir buta..pembangunan yag di rancang dan terancang..tidak banyak yang aku lihat dibandar kota baru..banggunan yang siap di bina tetapi kosong tak berpenghuni..

..Aku nak bandingkan sikit bandar kota bahru dengan bandar kuantan tempat kelahiran aku..
..terlalu jauh bezanya..kalau korang ke kuantan dan ke kota bahru korang akan nampak sendiri
..kawasan yang dikatakan zon ekonomi pantai timur di tgh bandar kuantan kosong..tak berpenghuni..itu di tengah bandar kuantan belom di pinggir pinggir bandar yang mana pembangunan di buat tanpa di rancang dengan teliti..tak faham aku

..kalau korang rajin berjalan rajin rajin juga buat perbandingan..
..bagi aku kelantan membangun dengan terancang sekali

Tesco Kota Bharu


Pada 3 Januari lalu dengan secara rasminya pasaraya Tesco dibuka di Kota Bharu, Kelantan berhampiran Jambatan Sultan Yahya Petra. Difahamkan Tesco ini adalah yang terbesar di Malaysia. Penulis sempat menjenguk bangunan Tesco itu semasa pulang bercuti ke Kelantan hujung tahun lepas. Memang besar, dan penulis sendiri kagum bangunan itu dapat disiapkan cepat tidak sampai setahun. Ini sesuatu yang luar biasa di Kelantan.

Sebagai anak kelahiran Kelantan, penulis secara peribadi gembira dengan kehadiran pasaraya yang menjanjikan pelbagai pilihan barangan dengan harga murah itu. Pun begitu, penulis masih mempunyai beberapa pertanyaan.
Memandangkan dengan adanya pasaraya besar Tesco ini memungkinkan akan berkurangan pelanggan di kedai-kedai kecil yang kebanyakannya dimiliki oleh orang Melayu di Kota Bharu ini, apakah peranan dan langkah Kerajaan Negeri Kelantan untuk membendung kebimbangan ini? Kita khuatir jika tidak ada langkah bijaksana diambil oleh Kerajaan Kelantan, kemungkinan peniaga-peniaga Melayu di sekitar kawasan Kota Bharu akan gulung tikar akan menjadi kenyataan. Untuk pengetahuan semua, Kota Bharu mungkin satu-satunya bandar yang mana bidang perniagaannya dikuasai oleh orang Melayu. Sebahagiannya meniaga dengan modal yang kecil, tidak seperti mana peniaga-peniaga Cina di bandar-bandar besar di luar Kelantan, yang mempunyai dukungan yang kukuh untuk survival dalam persaingan dengan pasaraya besar. Peniaga-peniaga Cina di bandar besar mempunyai rangkaian (networking) dan kesatuan yang kukuh sesama mereka dan dibantu dengan modal yang besar dibandingkan dengan peniaga Melayu di Kelantan. Pertanyaan penulis seterusnya, bagaimana Kerajaan Pas Kelantan yang mendakwa Islamik itu boleh pula membenarkan Tesco beroperasi di negeri Serambi Mekah ini sedangkan Tesco disifatkan sebagai milik Yahudi dan menyokong Zionis Israel? Difahamkan sekitar tahun 2000, akhbar The London Jewish News telah diedarkan secara percu-ma di kesemua cawangan Tesco di seluruh England. Ia merupakan akhbar Yahudi yang memberikan sokongan secara terbuka untuk rejim Zionis di Israel. Tesco diasaskan oleh Sir Jack Cohen yang berasal dari keluarga Yahudi yang kaya raya. Nama pasaraya Tesco diambil daripada nama isterinya Tessa Cohen. Disamping mempromosi produk Israel di rangkaian pasarayanya di seluruh dunia, mereka juga telah membuat perjanjian perniagaan dengan syarikat perisian Israel yang berjumlah jutaan dolar. Jack Cohen lahir pada 6 Oktober 1898 dan meninggal dunia pada 24 Mac 1979 dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Yahudi Willesden, London, England. Pertanyaan-pertanyaan ini bukanlah bermakna penulis anti-Tesco, tetapi sekadar menempelak sikap pemimpin Pas sebelum ini.


...ni lagi satu mangkuk hayun punya wartawan...
...Inilah dia bila wartawan dah mula melibatkan diri dalam politik terlalu banyak..perkara yang baik di sangkal dengan isu israel..mangkuk punya wartwan
...tak faham aku..bila bawak pembangunan kepada rakyat salah tak bawak pon salah..memang elok kalau dia ni berkawan ngan datuk ibrahim ali..

..Memang mangkuk ni bukan anti tesco tp anti kerajaan pas..

..Menafikan yang kelantan sedang menuju ke arah pembangunan bersama islam..

..fikir fikirkan lah...jangan kita satu malaysia di tipu..cukuplah kita di tipu selama ini..

KB Mall Di Nobat Kompleks Beli Belah Terunggul Di Malaysia

KB Mall terpilih sebagai kompleks membeli belah terunggul di Malaysia mengatasi kompleks membeli belah terkemuka di seluruh negara dalam majlis anugerah "Retail Development"(kategori kompleks membei belah) yang diadakan di salah sebuah hotel terkemuka di Shah Alam pada 27 Oktober lalu.

Kejayaan tersebut juga melayakkan kompleks membeli belah yang berpusat di Kota Bharu itu mewakili Malaysia untuk pertandingan kompleks membeli belah terunggul yang akan diadakan di Belanda pada Disember ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan danJelasnya, antara kriteria KB Mall dipilih sebagai pusat membeli belah terunggul kerana jumlah pengunjung teramai pada 2005, jumlah nilai perniagaan yang tertinggi serta sumbangannya kepada sektor pelancongan di Malaysia. Perpaduan Masyarakat, Dato’ Anuar Tan mengumumkan kejayaan tersebut dalam sesi penggulungan Perbahasan Menyokong Titah Ucapan Sultan Kelantan dalam Persidangan Kali ke 3 (Belanjawan) bagi tempoh penggal ke 4 Dun Kelantan.

Beliau menyifatkan pencapaian ini adalah pencapaian luar biasa kerana KB Mall dapat mengatasi kompleks membeli belah terkemuka di Kuala Lumpur seperti Sogo, Suria KLCC, Lot 10.

Jelasnya, antara kriteria KB Mall dipilih sebagai pusat membeli belah terunggul kerana jumlah pengunjung teramai pada 2005, jumlah nilai perniagaan yang tertinggi serta sumbangannya kepada sektor pelancongan di Malaysia.

Jelasnya lagi, walaupun majlis tersebut turut dihadiri ramai wartawan, mungkin disebabkan Kelantan menerima anugerah kompleks membeli belah terunggul, berita mengenainya tidak diketengahkan oleh media.

Katanya lagi, pada majlis yang dihadiri kira-kira 3000 tetamu itu hanya Kelantan dihadiri oleh wakil exco kerajaan negeri.

...apakah kelantan begitu mundur..tiada kemajuan..tiada pembangunan seperti apa yang di nyatakan oleh datuk ibrahim ali..

...Mengapa media tidak dedahkan perkara ini..apakah perkara ini juga mahu di jadikan isu politik..

....fikir fikirkanlah..

Pas Kelantan ditegur gagal jana pendapatan..ibrahim ali

PASIR MAS 1 Jun - Pemerintahan Pas di Kelantan ditegur berikutan kegagalan mengeksploitasi kekayaan alam semula jadi di negeri itu sejak memerintah hampir 20 tahun lalu kerana terlalu sibuk berpolitik.

Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali berkata, dalam tempoh tersebut, kerajaan negeri hanya mampu menjana pendapatan RM300 juta setahun sedangkan kekayaan alam semula jadi boleh dieksploitasi bagi menjana pendapatan.

Beliau berkata, kerajaan negeri sepatutnya mempunyai pelan tindakan bagi membangunkan segala sumber semula jadi di negeri itu secara terancang, malangnya ia gagal berbuat demikian.

"Setelah hampir dua dekad, kerajaan negeri hanya mampu menjana pendapatan RM300 juta setahun sehingga kini dengan RM120 juta daripadanya melalui premium hasil balak.

ibrahim yang juga Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) membuat teguran itu ketika bercakap kepada pemberita di Mukim Chasi, Chetok, Pasir Mas di sini hari ini.

Beliau berkata, jarang sekali ada seminar mengenai peluang-peluang pelaburan di negeri ini malah kerajaan negeri sendiri tidak ada inisiatif menarik pelaburan dari luar negara.

Keadaan itu katanya, tidak sepatutnya berlaku kerana kepelbagaian bentuk muka bumi Kelantan sepatutnya dieksploitasi sepenuhnya oleh kerajaan negeri dengan menjadikannya sebagai destinasi pelancongan utama.

"Ini teguran, kita bukan bercakap buta tuli dan tanpa akal. Pemimpin kena kreatif, ada inovasi, idea, fokus dan rajin. Kasihan kepada rakyat Kelantan sendiri.

"Kalau kerajaan negeri ada inovasi, ada idea semua ini boleh dicapai. Kita boleh tarik kemasukan pelancong dari Jepun, Eropah dan dari negara-negara Arab untuk mengunjungi negeri kita," tegas beliau.

Menurutnya, kepimpinan ulama Kelantan tidak sepatutnya terhad kepada soal keagamaan sahaja menyebabkan kehidupan rakyat semakin melarat tanpa kemajuan.

Menurut beliau, sebanyak 600,000 penduduk negeri ini terpaksa keluar mencari pekerjaan kerana tidak ada peluang untuk mereka di sini selain berkhidmat dengan sektor awam semata-mata.

..benarkah begitu..apa yang dinyatakan oleh datuk ibrahim ali ni..apakah kelantan begitu mundur..kerana tiada pembangunan rakyat kelantan melarat..

...apakah tiada pelabur luar negar masuk ke kelantan..apakah tiada lansung pelancung mengunjungi kelantan..berasaskah tuduhan beliau ini..

Periksa duit RM50 dan RM100

KUALA LUMPUR - Periksa sebelum terima not RM50 dan RM100 daripada pelanggan dan buat laporan segera jika ia wang palsu.

Itu nasihat Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC) kepada mereka yang menerima wang palsu.

Ketua Eksekutif NCC yang juga Setiausaha Agung Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Muhammad Sha'ani Abdullah berkata, orang ramai perlu peka dan ada inisiatif memeriksa dengan teliti sebelum menerima sebarang mata wang bagi mengelakkan daripada tertipu.

"Peniaga yang memiliki premis perniagaan juga harus memasang kamera litar tertutup untuk mengesan jika berlaku penipuan oleh sindiket," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan akhbar ini mengenai seorang pengurus sebuah kedai buku di Alor Setar yang kerugian RM250 selepas menerima dua keping wang kertas palsu RM100 dan sekeping RM50, Sabtu lalu.

...berhati hatilah..

...Duit palsu lagi..aku rasa cerita duit palsu ni dah lama dah dan dah bermacam pendedahan di buat tetapi kenapa masih ada lagi..aku tak pasti..siapa dalang yang sebenar di balik kegiatan ini..

...bilakah perkara ini kan berakhir..