Wednesday, September 16, 2009

Hargai 16 september..malaysian insider

16-september sepatutnya dihargai:-azman anuar

Aku tertarik dengan tulisan beliau di dalam malaysian insider jadi aku copy dan letakakan dalam blog aku untuk tatapan semua kenapa kita perlu menghargai tarikh keramat ini..

SEPT 16 — Sesetengah warga Malaysia mungkin tidak sedar bahawa hari ini adalah ulang tahun penubuhan Persekutuan Malaysia ke-46. Hari ini juga ada yang langsung lupa tentang ulang tahun Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ke-76.

Satu tarikh tetapi ada dua peristiwa penting berlaku pada hari ini — 16 September. Tanggal 16 September bagi masyarakat awam adalah seperti hari biasa. Sebab hari ini bukan cuti umum sebagaimana kita bercuti untuk menyambut Hari Kemerdekaan pada setiap 31 Ogos.

Jadi tidak hairanlah jika 16 September tidak membawa apa-apa makna bagi kebanyakan rakyat di Semenanjung Tanah Melayu. Mereka lebih mengingati 31 Ogos daripada 16 September. Tetapi tarikh ini memberi makna yang besar kepada kebanyakan rakyat di Sabah dan Sarawak.

Hari ini genap 46 tahun Sabah dan Sarawak merdeka melalui penubuhan Malaysia. Sejak 2008, tanggal 16 September setiap tahun akan diingati sebagai Hari Malaysia.

Itulah yang terjadi pada 16 september..tarikh yang menyaksiakan lahirnya sebuah negara baru di rantau asia..

Gerakan sambut detik 16 Sept

Parti Gerakan malam tadi menganjurkan sambutan Hari Malaysia sempena memperingati pembentukan Malaysia pada 16 Sept 1963.

Sambutan itu dimulakan dengan kiraan detik menjelang sambutan sebelum diikuti laungan 'Satu Malaysia' dan 'Satu Hati', masing-masing sebanyak dua kali tepat pada tengah malam yang diketuai Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri
Dr Koh Tsu Koon, yang juga presiden Gerakan.

Majlis yang pertama kali dianjurkan seumpama itu diadakan di ibu pejabat Gerakan di Menara PGRM, Kuala Lumpur.

Empat minit selepas itu, Dr Koh turut membuat panggilan kepada ketiga-tiga pemimpin parti gabungan BN di Sabah dan Sarawak.

Terima kasih kepada parti gerakan kerana sudi merayakan tarikh bersejarah..

..Aku hairan dimana gerombolan gerombolan yang menyatakan cinta dan taat setia pada malaysia..kemana melayu melayu yang mengatakan setuju dengan satu malaysia..


...kenapa tidak ada gerombolan gerombolan melayu yang merayakan tarikh ini..
...hairan hairannn...

HARI MALAYSIA..

SANG SAKA MERAH PUTEH


Berkibarlah dengan megah..Kepada anak bangsa inilah warisan kita..inilah sejarah kita inilah kebanggaan kita..

Jadikanlah hari ini hari yang bersejarah..setelah 50 tahun kita diulik oleh sandiwara yang menjadi teras untuk terus berkuasa oleh mereka yang gila kuasa..Jangan lagi kita lupakan tarikh keramat ini tarikh bersejarah ini..Abadikanlan di dalam kamus kehidupan kamu semua anak bangsa bahawa hari ini adalah hari yang penuh bermakna kepada kita semua anak bangsa malaysia..

Tuesday, September 8, 2009

Fahami Quran pacu utuhkan bangsa

Betulkah?Benarkah?Seperti apa yang di kata..Keliru


Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pemahaman yang jelas mengenai inti pati Al-Quran penting dalam membantu usaha kerajaan
membina sebuah negara bangsa yang utuh dan disegani melalui gagasan 1Malaysia.

Perdana menteri berkata dengan pemahaman yang betul itu ia dapat memacu peradaban dan memartabatkan tamadun bangsa seterusnya membersihkan persepsi negatif Barat terhadap Islam.

"Al-Quran diturunkan di antaranya bertujuan memperbaiki keadaan manusia dan juga sebagai petunjuk ke jalan lurus yang diredainya. Melalui pemahaman yang betul, Al-Quran mampu memperkasa sesebuah bangsa dan negara,"

Petikan diatas menarik pemikiranku hari ini..aku keliru ada..teruja ada kagum pun ada..apabila Pm malaysia buat kenyataan berikut.Siapa yang dia minta untuk memahami al-quran.Rakyat?Pemimpin?Atau beliau sendiri?

Beliau memahami al-quran?Jika ya aku bangga mempunyai Perdana Menteri seperti itu.Syabas dan tahniah aku ucapkan kepada beliau.

Tetapi persoalannya apakah beliau benar benar memahami al-quran.Aku tidak pernah melihat dia meng imamkan solat fardu apabila menyertai majlis rasmi yang perlukan beliau bersolat.Oh mungkin kesibukan beliau mentadabir negara membuat beliau tidak dapat melakukan tugas itu.Mungkin..

Pasti ada yang akan bercakap pemimpin islam di negara islam yang lain pun tak buat kerja imam imam nie.Benarkah?.
Aku tak pasti jawapan dia..kerana aku tidak mahu membandingkan malaysia dengan negara luar kerana aku rakyat malaysia.Aku mahu melihat perubahan itu dilakukan di malaysia terlebih dahulu.Aku bangga jika negara aku yang memulakan perubahanBayangkan Perdana Menteri mengimamkan rakyat dan pemimpinnya pada setiap waktu solat fardhu.Banggakan? barulah masyarakat luar akan berkata bahawasanya pemimpin negara malaysia kesemuanya memahami al quran bukan sekadar bercakap sahaja hanya untuk menipu rakyatnya,membohongi rakyatnya,dengan menunjukkan bahawa mereka memahami al quran.

Aku kalau boleh mahu melhat Perdana Menteri Malaysia datang ke majlis majlis ilmu bukan sekadar untuk mendengar dan melihat tetapi beliau sendiri terlibat.Aku ambil contoh majlis tilawah al-quran, alangkah bangganya aku sebagai anak malaysia menyaksikan perdana menteri sendiri yang menjadi peserta dalam memperdengarkan ayat ayat suci al-quran.Persoalannya mampukah beliau?Oh mungkin tidak boleh kerana banyak urusan negara perlu di lakukan.Alasan yang sama juga.

Entahlah aku masih belom pasti dengan seruan perdana menteri itu.Apakah yang cuba dia sampaikan.Kenapa aku persoalankan perkara ini?

Lihat lah renungkan lah dan fikirkan lah:-




Dan janganlah kamu memaki hamun sembahan yang mereka sembah selain Allah, kerana mereka nanti akan memaki Allah dengan melampau batas tanpa dasar pengetahuan. Demikianlah kami jadikan setiap ummat menganggap baik pekerjaan mereka. Kemudian, kepada Tuhan tempat kembali mereka, lalu Dia akan memberitahu k
epada mereka apa yang telah mereka kerjakan.”


Berita sedih..

Peserta demo kepala lembu didakwa


Mereka yang terlibat mengarakkan kepala lembu dan membuat ucapan dalam demonstrasi membantah pembinaan kuil di Seksyen 23 Shah Alam akan didakwa menghasut, kata peguam negara hari ini.

Tan Sri Abdul Gani Patail berkata mereka akan didakwa menurut Seksyen 4 Akta Hasutan atau Seksyen 298 Kanun Keseksaan.

Pemimpin-pemimpin yang menyampaikan ucapan bersama kumpulan kira-kira 50 penunjuk perasaan di depan bangunan Setiausaha Kerajaan Selangor di Shah Alam akan didakwa bawah Seksyen 27(5) Akta Polis atau berhimpun secara haram.

Dalam satu kenyataan lewat petang ini, Abdul Gani berkata beliau berpuas hati dengan siasatan polis berhubung insiden tersebut setelah meneliti kertas siasatan yang diterimanya tengah hari tadi.

...Kah kah kah..Berita sedih ni...
...Baru terima kertas siasatan dan baru teliti..
...Dakwa?..bila agaknya nak dakwa..
...Satu lagi kenyataan menyayat hati hari ini..
...cukuplah menipu melayu bodohkan orang melayu..
...cukuplah menipu satu malaysia..

Bagan Pinang..si Perasuah kembali


Isa mahu dapat pandangan semua pihak

Bekas menteri besar Negeri Sembilan, Tan Sri Isa Samad berkata beliau perlu mendapatkan pandangan semua pihak berhubung cadangan memilihnya sebagai calon BN dalam pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang.

"Saya tidak dapat menjawab. Kena bincang dulu, tengok keadaan dan pandangan sayap-sayap, akar umbi dan mungkin ada calon-calon lain. Kemudian rumus untuk dapatkan keputusan," katanya ketika dihubungi Malaysiakini pagi ini.

Ketua Pemuda Umno bahagian Teluk Kemang, Mohd Faizal Ramli berkata rata-rata pemimpin Umno di bahagian tersebut umumnya ingin Isa bertanding dalam pilihanraya kecil tersebut.

Mohd Faizal berkata Isa, yang mengetuai bahagian tersebut masih dihormati dan "rakyat masih menaruh keyakinan tinggi terhadap kemampuan beliau."

...Di hormati..rakyat masih yakin..kemampuan..
...woi mangkuk dah dah la buat kenyataan menyayat hati ni..
...Sebak dada aku ni..
...Bukan mangkak ni ke pernah di gantung keahlian sebab kes rasuah yang tak kunjung selesai siasatannya?...

Ada satu warga tua penah berkata kat aku yang orang pendek ni bahaya..Kenapa?

Jawapan dia : LU pikir la sendiri..hahahahahaa

Monday, September 7, 2009

Pengusung kepala lembu..penuh tawaduk

Ucapan terbaik dari pemimpin memperjuangkan hak melayu dan islam

“Woi, kaulah pengkhianat…pengkhianat agama lah pukimak!”

“Aku tak nak dengar kau cakap. Duduk! Duduk YB bodoh! Duduk.” cemuhnya.

“Hoi Khalid (Samad), kau duduk. Kau belum kenal aku siapa? Selepas ini, kau jangan turun Seksyen 23, kalau tidak, kau mati. Ini kawasan majoriti Melayu!”

“Bodoh punya wakil rakyat. Bodoh punya MB. Khalid (Ibrahim), kenapa kau cakap terketar-ketar. Kau gagap. Orang gagap tak boleh jadi MB (Menteri Besar)!”


JAWAPAN BERHEMAH DARI WAKIL MASYARAKAT INDIA


Peserta, K. Raja yang ditemui selepas selesai dialog berkata, “Persatuan Penduduk itu bukan mewakili semua pihak. Persatuan tidak pernah panggil kita (penganut Hindu) berbincang. Bagaimana (mereka) boleh kata itu mewakili (penduduk) Seksyen 23.”

Ditanya mengapa tidak turut serta dalam dialog itu, beliau berkata, “Dia orang emosional, tidak ada toleransi dan hormat Menteri Besar, Khalid (Samad) dan YB yang lain. Macam mana kita nak berdailog? Ekstrem lah, saya pun tidak pernah jumpa (tindakan) seperti ini.”


Ujarnya lagi, dalam dialog, sepatutnya perlu ada sikap memberi pandangan, dan mendengar pandangan. Bukannya, mengeluarkan kata-kata kesat kepada kerajaan negeri.

Beliau juga mencadangkan kuil di Seksyen 19 yang sudah 26 tahun tidak diselesaikan oleh kerajaan Barisan Nasional, diselesaikan oleh Khalid Ibrahim demi membuktikan kepemimpinan Pakatan rakyat mengamalkan keadilan untuk rakyat tanpa mengira status, kaum dan kepercayaan.

..Korang Fikirlah sendiri...

Pejuang Keagamaan sejati..


Inilah contoh melayu yang memperjuangkan hak orang melayu di seksyen 23..mereka membantah pemindahan kuil secara besar besaran.Ucapan tahniah dan syabas kepada mereka atas kesungguhan mereka membawa kepala lembu sekali dalam perarakan bantahan tersebut..contoh melayu yang baik..Mereka dengan bangganya memperjuangkan hak orang melayu dan hak orang islam..

Mereka inilah yang telah memperjuangkan agama islam selama ini..contohilah mereka mereka ini..

Antara hujah mereka yang menarik untuk di ikuti dan di fahami..Antara kata-kata yang telah dikeluarkan ialah “ MB Bodoh , “Khalid Samad sekongkol dengan kuil”,” Rodziah pelacur “, “Rodziah saya akan rogol you sekarang!,..
Woi, kaulah pengkhianat…pengkhianat agamalah pukimak!,Aku tak nak dengar kau cakap. Duduk! Duduk YB bodoh! Duduk,"Selepas ini, kau jangan turun Seksyen 23, kalau tidak, kau mati. Ini kawasan majoriti Melayu!"

"Bodoh punya wakil rakyat. Bodoh punya MB..Hebat beginikah cara org melayu islam yang mendakwa diri mereka pejuang agama..Beginikah cara mereka menyelesaikan satu masalah yang kecil bagi aku..bagi korang tak tahu laa..

Baca ni..khusus untuk pembawa kepala lembu..

Firman Allah bermaksud, “Dan janganlah kamu memaki hamun sembahan yang mereka sembah selain Allah, kerana mereka nanti akan memaki Allah dengan melampau batas tanpa dasar pengetahuan. Demikianlah kami jadikan setiap ummat menganggap baik pekerjaan mereka. Kemudian, kepada Tuhan tempat kembali mereka, lalu Dia akan memberitahu kepada mereka apa yang telah mereka kerjakan.”

kepada pembawa kepala lembu tolong baca dan fahamkan..

Saturday, August 29, 2009

Tindakan apakah ini?

Polis mohon maaf, janji bertindak pantas..

Pihak polis telah memohon maaf kerana tidak mengambil tindakan pantas sewaktu berlakunya protes dan perarakan kepala lembu sebagai membantah cadangan pindahan kuil Hindu di Shah Alam semalam, kata exco kerajaan Selangor, Dr Xavier Jeyakumar.

Katanya, Ketua Polis Daerah Shah Alam Noor Azam Jamaluddin menyuarakan perkara itu kepada beberapa pemimpin Pakatan Rakyat dalam satu pertemuan pagi ini.

Menurutnya, Noor Azam menjelaskan bahawa pegawai yang ditugaskan di tempat kejadian adalah seorang pegawai junior.

...Kah..Kah..kahhh..Pegawai Junior..Pelik...hairan..Aku keliruuu...
...Kenapa hantar pegawai junior..kah kahh kahhh..woit pegawai senior mana..
...cukup cukupla beri jawapan yang menyayat hati nie...kah kah kah

"Jadi Noor Azam telah memberi jaminan bahawa tindakan akan diambil segera terhadap mereka yang bertanggungjawab (menganjurkan protes dan perarakan tersebut)," kata Jeyakumar yang bertanggungjawab menjaga halewhal bukan Islam di Selangor.

...Kita tunggu dan lihat aja..tapi bagi aku janji macam tinggal janji je..
...Lu pikirlah sendiri..
...kah kah kah pegawai juniorrrr...

Bijak atau bangang


Penganjur: Kehadiran kepala lembu satu misteri..

Pengerusi jawatankuasa bertindak penduduk Seksyen 23 Shah Alam, Mahyuddin Manaf berkata kehadiran kepala lembu sewaktu protes membantah pembinaan kuil di kawasan tersebut semalam, masih merupakan satu misteri.

"Kami melakukan bedahsiasat (terhadap protes tersebut) tetapi kami tidak dapat mengesan orang yang membawanya,” katanya kepada Malaysiakini.

Baca ini..

Selepas kepala haiwan itu diletakkan di depan pintu, timbalan pengerusi jawatankuasa bertindak membantah pembinaan kuil itu, Ibrahim Sabri tampil berucap ringkas, tetapi berapi-api. "Ini amaran. Pindahkan kuil dari Sekysen 23, buatlah di Seksyen 22. Lembu ini kami hadiahkan kepada kerajaan negeri, kepada Khalid Ibrahim, Khalid Samad dan Rodziah. Ini hadiah kami."

Tambahan untuk bacaan..

Beliau juga menegaskan bahawa protes tersebut tidak berniat untuk mencetuskan ketegangan kaum tetapi sebaliknya untuk menyelesaikan apa jua masalah yang berkaitan dengannya.

Beliau yang mengaku seorang ahli PAS, bagaimanapun enggan mengulas lanjut dan berkata beliau tidak mahu isu tersebut diperbesar-besarkan.

Mahyuddin juga menegaskan bahawa beliau bukan seorang yang rasis.

Dari awal lagi, tegasnya, beliau mementingkan sensitiviti agama dan mahukan perpaduan.

Katanya, mereka bukan menolak kuil, tetapi tidak mahu ia dibina di kawasan yang majoriti penduduknya beragama Islam.

...Sensitivit agama?....membawa kepala lembu..tapi kata jaga sensiviti agama
...Apakah jawapan ini bijak..Ini jawapan bangang..

...Pengurusi kata misteriii..Timbalan kata hadiah...

...Jawapan dia...lu pikirlah sendiri

Friday, August 28, 2009

Tindakan apakah ini..perkauman,keagamaan@kebodohan

Sekumpulan penduduk Seksyen 23 Shah Alam dengan beberapa NGO Melayu mengarakkan kepala lembu ke bangunan Setiausaha Kerajaan Selangor sebagai membantah cadangan pemindahan kuil Hindu ke kawasan mereka.

Kira-kira 50 orang yang membentuk jawatankuasa bertindak penduduk seksyen itu berkumpul di masjid negeri, beberapa ratus meter dari bangunan tersebut di Shah Alam, selepas solat Jumaat tadi.



Mereka berarak sebagai menyatakan bantahan kepada Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, exco kebajikan negeri Rodziah Ismail dan exco kesihatan Dr A Xavier Jayakumar.

Mereka juga mensasarkan kemarahan mereka kepada ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad.

Didahului dengan pembawa kepala lembu, yang masih belum kering darahnya, penunjuk perasaan berjalan sambil bertakbir dan melaungkan "kami bantah" menggunakan alat pembesar suara.


Mereka membawa sepanduk, antaranya bertulis "Take beer", "Islam untuk semua, kuil untuk Khalid dan Rodziah", "Kuil haram sekangkang kera, bila pindah sebesar Putrajaya" dan "Pindahkan kuil ke Seksyen 22".

"Mana Xavier? Kami ada kepala lembu untuk dia," jerit seorang penyokong, setibanya di pintu masuk bangunan kerajaan tersebut yang segera ditutup kerana kehadiran mereka.

Kira-kira 10 anggota polis hanya memerhati dan mengawal keadaan sekitar kawasan tersebut.

Selepas kepala haiwan itu diletakkan di depan pintu, timbalan pengerusi jawatankuasa bertindak membantah pembinaan kuil itu, Ibrahim Sabri tampil berucap ringkas, tetapi berapi-api.

"Ini amaran. Pindahkan kuil dari Sekysen 23, buatlah di Seksyen 22. Lembu ini kami hadiahkan kepada kerajaan negeri, kepada Khalid Ibrahim, Khalid Samad dan Rodziah. Ini hadiah kami."

Dalam sidang media selepas itu, pengerusi jawatankuasa itu, Mahyuddin Manaf berkata, mereka membantah tindakan kerajaan itu kerana 80 peratus penduduk kawasan itu beragama Islam.

"Mungkin ada yang salah tafsir bahawa kami biadab (berdemonstrasi), tetapi pemimpin yang mengajar supaya biadab kerana mereka membiarkan (tidak peduli) penduduk di Seksyen 23."

Dihubungi Malaysiakini selepas demonstrasi itu, Mahyuddin menafikan kepala lembu itu dibawa oleh penganjur.

"Bukan kehendak kita. Kita pun terkejut tadi," katanya.



....tindakan ini bagi aku tindakan yang paling bodoh pernah dilakukan oleh orang melayu..
....melayu kata lembu haiwan bodoh..
....masyarakat india kata lembu haiwan suci....
....jadi siapa yang bodoh..lembu atau segelintir melayu ini..
....LU PIKIR LA SENDIRI

Monday, August 17, 2009

Lihat dan nilaikan





berita gembira..


Pemuda Umno dakwa ada pengundi hantu di P Pasir

Pergerakan Pemuda Umno mendakwa terdapat pengundi hantu bagi pilihan raya DUN Permatang Pasir pada 25 Ogos ini.

Ketuanya Khairy Jamaluddin berkata ini berdasarkan laporan terdapat pengundi luar yang didaftarkan sebagai pemilih di kawasan itu.

"Kita dapati beberapa orang Melayu didaftarkan di rumah yang dihuni oleh orang Cina dan ada juga pengundi Cina didaftarkan alamatnya di rumah orang Melayu," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Pemuda Umno di Butterworth semalam, lapor Bernama.

Khairy berkata sejak pilihan raya umum lepas terdapat kira-kira 1,000
pengundi didaftarkan di Permatang Pasir dan trend itu adalah tidak normal kerana jumlahnya terlalu besar.

Beliau berkata perkara itu akan dikemukakan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi membolehkan tindakan sewajarnya diambil bagi menangani isu itu.

...kahh kahhh kahhh..aku macam tak percaya jer nie..

...Dah ada pengundi hantu kat permatang pasir?..sapa hantar nie minah cun monggolia hantar ker..

...Ada 1000 ekor hantu..kah kah kah...

...Tak normal..kahh kahh kahhh..apa aku salah baca ker?

...Untuk pakatan pembangkag...tolong pergi tengok sapa yang jadi hantu nie..

Friday, August 14, 2009

Pengangguran cecah tahap tertinggi..

Kadar pengangguran domestik kemungkinan meningkat kepada 4.5 peratus menjelang akhir tahun daripada 3.7 peratus pada tahun lepas.
Sehingga 7 Julai lalu perangkaan yang dikumpul oleh kementerian Sumber Manusia menunjukkan angka terkumpul 38,732 pekerja telah diberhentikan berikutan keadaan krisis ekonomi sekarang ini.

Daripada angka itu, katanya, 29,712 orang diberhentikan manakala 9,020 menerima pemberhentian sukarela.

Selain itu, 40,662 pekerja menerima potongan gaji dan 4,112 pekerja
diberhentikan sementara.

Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) akan bekerjasama dengan Jobmarket Sdn Bhd dan Basis Holdings sdn Bhd bagi menyediakan latihan kepada graduan dan siswazah yang ingin menjadi usahawan selepas tamat pengajian masing-masing.

Program itu dilaksanakan dengan kerjasama Pusat Pembangunan Usahawan Malaysia, Universiti Teknolohi Mara dan Bank Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SME Bank).

..Satu masalah yang dah lama aku fikirkan sejak dari mula kebanjiran warga asing ke negara ini lagi..aku ingat masa tu umur aku baru 12 tahun..Apa yang menyebabkan aku berfikir?masa tu arwah bapak aku ada ramai pekerja warga indonesia bekerja dengannya..aku pulak biasa laa budak baikk peramah gatal mulut bertanya kepada warga indonesia itu kenapa dia tinggalkan indonesia..tak suka kampung ke tak rindu kampung ke?biasala soalan budak ingusan..korang tahu apa jawapan dia.."kalau di ikutkan rindu sayang dah makin teruk la hidop aku"aku tanya lagi kenapa jawabnya kerana negaranya susah ekonomi teruk pekerjaan yang ada belom mampu menjamin kehidupan sempurna,malah ramai yang menganggur .Aku termenung sekejap memikirkan apa yang dikata..aku terbayangkan apa akan jadi kepada aku jika malaysia mengalami masalah yang sama dengan negara asal warga tersebut.

setelah sekian lama akhirnya masalah yang sekian lama aku fikirkan itu datang jua akhirnya..setelah aku tamat belajar tahun 97..aku sendiri sukar mendapatkan pekerjaan dengan kelulusan yang aku ada..waktu itu aku sendiri rasa bagaikan sia sia apa yang aku usahakan selama ini untuk mendapatkan kelulusan yang di harapkan dan pekerjaan yang di impikan..aku teringat balik kata kata warga indonesia pekerja arwah bapak aku tu.."ilmu yang ada bukan sekadar apa yang kamu pelajari di menara gading tetapi ilmu ini tidak akan habis selagi kamu masih bernafas"jangan kamu mengalah dengan apa yang hadir di hadapan kamu"biar setinggi mana pun cubaan yang hadir hadapi dia dengan tenang dan tabah, yakin pada diri kamu dan jangan berhenti melawan".

Aku mula libatkan diri dengan dunia perniagaan secara kecil kecilan..memang agak sukar di tipu di khianati memang menjadi mainan hidup aku dalam dunia perniagaan..namun kata kata semangat dari warga indonesia itu aku jadikan azimat..cari ilmu..aku belajar dunia matawang asing..aku belajar cara berniaga dalam pasaran matawang asing (forex).Aku bermain dengan berbagai bagai platform yang ada dalam internet dan akhirnya aku berjaya menjadi antara pemain forex yang bagus..sehingga sekarang aku masih lagi dengan dunia forex..

Selain dari dunia forex aku juga melibatkan diri dengan dunia multilevel marketing (MLM) yang mana kebanyakan masyarakat di malaysia umumnya tahu.Ada yang bertanggapan negetif dengan dunia MLM ini..tetapi bagi aku jika kita betul jumpa syarikat yang kukuh dan kita sendiri tidak berhenti berusaha kita akan berjaya bak kata mantan timbalan perdana menteri kita iaitu idola aku sedari dulu Yang berbahagia Dato Sri Anwar Ibrahaim (DSAI) "lawann tetapp lawan"kita pasti beroleh kemenangan..benar apa yang dikata aku sendiri menuju kejayaan dalam dunia MLM.

Bagi siswazah siswazah yang baru selesai pengajian dan masih tercari cari kerja tidak perlu anda menunggu kerja yang sesuai dengan kelulusan anda untuk berjaya.Banyak lagi peluang untuk berjaya asalkan kita tahu merebut dan mengaplikasikan peluang yang ada.Tidak perlu merasakan usaha anda di menara gading selama ini sia sia..jangan kerana sekeping kertas kamu semua takut untuk mengubah hidup.

Tak pelu menunggu kerajaan yang fikirkan untuk anda..anda fikirkan kejayaan anda sendiri..Program yang bakal di usahakan kerajaan entah bila di laksanakan dan adakah semua yang menganggur akan mendapat peluang tersebut?kamu fikirkanlah sendiri.

Sedarlah wahai rakyat malaysia kuasa di tangan anda..Kuasa malaya di tangan anda jadi gunakanlah kelebihan yang ada pada diri untuk mencari kejayaan diri..KUASA MALAYA..

Apa beza DAP dengan Salman Rushdie, pelukis karikatur Nabi dengan perasuah?

KUALA LUMPUR 13 Ogos - "Apa bezanya DAP dengan Salman Rushdie dan pelukis karikatur Nabi Muhammad S.A.W sehingga ahli parti tersebut dibenarkan menghina agama Islam?"

Demikian soal bekas Naib Presiden UMNO, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad yang berang dengan sikap 'semua boleh' Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat termasuk dalam aspek menghina kesucian Islam oleh penganut agama lain.

..aik ada lagi si pendek nie..kah kah kah..aku nak tanya dia balik apa bezanya perasuah dengan yang di persoalakan..kah kah kah..

..Perasuah tak hina islam ke..LU pikirlah sendiri..kah kah kah..dah la pendek akal pon pendek juga..kah kah kah

cendekiawan mana nie..Dua cendekiawan Islam tegur Nik Aziz..utusan merayau

KUALA LUMPUR 13 Ogos – Kenyataan terbaru Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang ‘menghalalkan’ tindakan DAP menghina Islam merupakan satu kenyataan yang dipengaruhi oleh pendirian politik dan tidak berdasarkan kepada kearifan ilmu agamanya.

Pensyarah Jabatan Fiqh dan Usul, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof. Datuk Dr. Mahmood Zuhdi Abdul Majid menegaskan, perkara itu amat serius kerana apabila dibiar berterusan akan menjadikan sesuatu yang menghina Islam sebagai perkara biasa pada akhirnya.

“Inilah bahayanya apabila orang- orang agama memakai topi atau pakaian politik. Saya berpendapat mungkin Nik Abdul Aziz sedikit terkeliru kerana tidak mendapat maklumat tepat dalam perkara ini,” katanya.

Sementara itu, Rektor Kolej Islam Darul Ridzuan, Prof. Datuk Dr. Mohammad Yusoff Hussain menegur Nik Abdul Aziz yang terlalu memberi ‘muka’ kepada DAP atas alasan mereka tidak memahami Islam secara mendalam.

“Kenyataan itu adalah jelas tidak tepat kerana saya percaya orang bukan Islam di negara ini sebenarnya sudah cukup faham dengan Islam. Cuma mereka tidak mahukan syariat Islam ditegakkan di negara ini.

..kah kah kah..mana punya turr nie..yang bercakap ke wartawan yang menulis ni turr..bodoh bangang bongek terbongek..kah kah kah..

...korang dua ekor ni paham ke budha secara mendalam...korang pukrak dua ekor faham ke kristian secara mendalam..agama agama yang ujud dalam dunia ni secara mendalam..

..dah tentu mangkak dari DAP tu tak paham secara mendalam agama islam..

..meraka cuma tahu luaran..arak tuh haram bagi orang islam minum..orang islam tak boleh minum arak..tak boleh main judi tak boleh entot entot minah minah cun monggolia dan seantero dunia selagi tak menikah..

..woi pukrak dua ekor kenapa ko tak cakap BN hina islam..tuh kilang arak berapa punya besar..pusat judi berapa punya besar..tu tak hina islam ke tu..mangkak punya profpesor..sah dari sintok nii...

Bukan mereka yang tak mahu syariat islam di tegakkan tapi siapa..LU PIKIRLAH SENDIRI...kah kah kah

Fatwa terbaru..sinar hari hari hairan


Nik Aziz sering tidak konsisten: Al Ustaz Muhyiddin Al Hafiz wal sembab

AYER KEROH – Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat tidak konsisten terhadap perjuangan menegakkan agama Islam, berikutan tindakannya membiarkan bangsa lain menghina agama itu.

“Hairan dan takjub jugalah, bagaimana seorang tokoh agama boleh menghalalkan orang lain menghina Islam. Ini macam kita jual Islam untuk politik dan kita tahu itu satu perbuatan yang tidak seharusnya dilakukan.

“Sama ada Islam atau bukan Islam dan di Malaysia situasinya stabil dan aman kerana kita menghormati, termasuk dalam soal budaya dan agama,” katanya kepada media selepas merasmikan sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di sini, semalam.

Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, sekiranya fatwa Nik Aziz itu dibenarkan diguna pakai dalam negara, beliau yakin Malaysia akan rosak kerana tidak menghormati agama dan budaya masing-masing.

Menurutnya, pemimpin Pas itu tidak boleh mengorbankan soal maruah dan martabat Islam bagi meraih sokongan.

“Ini yang cukup saya bimbang. Pemimpin-pemimpin Melayu yang berkata dia juara pertahankan Islam tidak tunjukkan sikap bertanggungjawab.

“Saya hendak beri amaran kepada orang Melayu, jangan dengar cakap pemimpin Pas yang cakap tak serupa bikin. Dia kata mahu membangun bersama Islam, tetapi dia buat hal-hal yang boleh membawa kesan buruk pada masyarakat,” katanya.

Muhyiddin berkata, Nik Aziz tidak boleh mengamalkan sikap ambil mudah dengan membiarkan orang lain walaupun rakan sendiri menghina Islam kerana ia boleh memalukan umat Islam.

..hah dengar semua al ustaz dah bagi amaran tu..fatwa terbaru kena pakai tu..

..ahli ahli gerombolan sila ambil perhatian dengan fatwaa Al Ustaz walikul sembab tu..kalau tak nanti dia lagi hairan dan takjub..sebab ahli gerombolan tak nak pakai fatwa dia..kah kah kah..

...amalkan rasuah tak hina agama..
...Tipu menipu rakyat tak menghina agama..
...Buat kilang arak besar besaran tak hina agama..
...pusat perjudian tak hina agama..

..kah kah kah tak paham aku...woit ustaz sembab apa sebab muka ko sembab..
..

berita gembira...

Kematian H1N1: Malaysia tangga kesembilan dunia

SHAH ALAM – Wabak Influenza A (H1N1) atau selesema babi semakin mengganas di negara ini apabila tujuh lagi kematian dicatatkan sehingga jam 8 pagi, semalam.

Peningkatan kes itu menjadikan jumlah kematian keseluruhan seramai 51 orang dengan 2,253 kes positif seperti yang dilaporkan Kementerian Kesihatan, sekali gus meletakkan kematian akibat H1N1 kita di tangga kesembilan dunia.

Dengan kematian 51 orang ini, negara kita berada pada kedudukan kesembilan dalam kalangan negara-negara dunia yang mencatatkan kes kematian akibat H1N1.

kah kah kah..ranking ke sembilan dunia..dasatt jugak tu..bila agaknya nak naik jadi juara dunia..kah kah kah..

Lebih membimbangkan, jumlah kematian H1N1 di negara kita jauh lebih banyak berbanding negara-negara yang mempunyai populasi penduduk yang lebih tinggi umpamanya seperti China, India, Indonesia dan United Kingdom.
..
..apa dah jadi..apakah ini ada kaitan dengan konsep satu malaysia..kah kah kah..satu malaysia kena H1N1..rakyat di dahulukan..

Mengikut statistik yang dikeluarkan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) sehingga semalam, jumlah kes positif seluruh dunia mencatatkan 226,618 orang dengan 2,047 kematian.:

Dalam statistik itu juga jelas menunjukkan jangkitan positif H1N1 negara lain jauh lebih tinggi, tetapi mencatatkan kematian yang rendah seperti Hong Kong dengan 6,210 kes, hanya 4 kematian; Filipina 3,207 kes (9 kematian) dan Jepun 5,022 kes, tiada kematian.

..pelik nie statistik WHO ni betul ker..kenapa malaysia yang lebih tinggi dari negara negara asean yang lain nie...apakah ini konspirasi nak jatuhkan nama malaysia di mata dunia..?

“Kita sebagai rakyat Malaysia mestilah mengikuti langkah pencegahan yang ditetapkan dan mengamalkan persekitaran dan gaya hidup yang bersih".

pesanan yang bernas dari ahli parlimen kepong..jadi lu pikirlah sendiri

Wednesday, August 5, 2009

Kutipan hasil negara susut?biar betul nie..

KUALA LUMPUR 4 Ogos – Kerajaan hari ini melahirkan kekhuatiran bahawa Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mungkin gagal melepasi sasaran kutipan hasil negara bagi keseluruhan tahun ini .

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzalah (gambar) berkata, kutipan cukai bagi suku kedua merosot satu peratus setelah mengalami kenaikan tiga peratus pada suku sebelumnya.

Katanya, meskipun kutipan cukai bagi separuh tahun ini meningkat sebanyak RM1 bilion berbanding tempoh sama tahun lalu tetapi situasi ekonomi semasa dijangka menyebabkan kutipan cukai bagi separuh kedua terjejas.

‘‘Situasi ekonomi semasa menyebabkan kami (kerajaan) khuatir, kemungkinan besar sasaran kutipan cukai pada separuh kedua tidak mampu dicapai.

..alamak biar betul mamat nie..berani dia nie..cerah masa depan kena buang kerja ni..kah kah kah..woit najib dah kata "we have no economic problem"'Our fundemental is strong"..lupa ker..wakakakakakakaka..ni apa projek pulak ni dedahkan semua ni..nak bodek rakyat ke..takyah laa rakyat dah lama tahu negara dah kekurangan duit..

‘‘Dalam keadaan sekarang kemerosotan pendapatan syarikat-syarikat memberi kesan kepada kutipan cukai,’’ katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan Persidangan Cukai Kebangsaan 2009 di sini hari ini.

Sila baca lagii....

Beliau mewakili Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Hadir sama ialah Ketua Pengarah LHDN, Datuk Hasmah Abdullah.

Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan unjuran kutipan cukai bagi tahun ini.

‘‘Kita memang ada menetapkan sasaran tetapi untuk tahun ini, saya tidak perlu dedahkan angkanya.

‘‘Jumlah sebenar akan kita ketahui selepas berakhir tahun ini,’’ ujarnya.

hah mana najib..mana pahlawan monggolia ni..kenapa tak mahu dedah angka takut bik mama hempap ke..kakakakakaka hujung tahun baru tahu..kompom hujung tahun ni satu malaysia kena tipu..tungguuuu...

berita bangang


1,000 peniaga tuntut RM10 juta

KUALA LUMPUR - Tiga persatuan peniaga di Jalan Masjid India di sini menuntut ganti rugi RM10 juta daripada penganjur perhimpunan haram gerakan memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada Sabtu lepas.

Persatuan terbabit ialah Persatuan Peniaga Bumiputera Wilayah Persekutuan, Persatuan Penjaja dan Pekedai Bumiputera Wilayah Persekutuan dan Persatuan Peniaga dan Penjaja Lorong Tuanku Abdul Rahman (LTAR).

Ketiga-tiga persatuan peniaga bersetuju untuk mengemukakan tuntutan saman sebanyak RM10 juta yang melibatkan 1,000 orang peniaga

..kah kah kah..10juta tuntutan sebab rugi satu hari bisness tak jalan..berapa jualan peniaga peniaga ni satu hari agaknya..kira hebat juga la para demonstran kita ni..mampu melumpuhkan ekonomi negara kalau buat hari hari nie..hahahahahahaha

korang kira ek 1000 peniaga kat sekitar kawasan perhimpunan.. jualan satu peniaga mungkin rm1000 sehari..tolak overhead dalam rm 500 satu peniaga..ubat ubatan para pekerja pada hari tersebut mungkin ada yang lelah ke sawan ke sebab tgk orang ramai berhimpun .... aduyaiii 10juta mana cukup mintak la lebih sikit..apa laa pengurusi ni..Ni mungkee ni pengurusi ke pengorapsi..mana satu betull nie..lu pikir la sendiri


Jangan sertai demo isu ISA..peduli hapa aku

Kementerian Dalam Negeri (KDN) memberi amaran akan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang menyertai demonstrasi bagi membantah atau menyokong Akta ISA di ibu negara Sabtu ini.

Menterinya Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata tindakan itu sejajar dengan matlamat KDN sendiri yang tidak mahu isu itu memberi kesan negatif terhadap keselamatan negara.

"Jika mereka melanggar undang-undang sedia ada, tidak kira sama ada mereka pro-ISA atau anti-ISA, tindakan tegas akan tetap diambil.

yang aku nak tulis bukan perkara di atas ni tapi yang kat bawah ni korang baca laa kah kah kah..

Saya tidak akan berkompromi mengenai perkara ini bagi memastikan keselamatan dan kepentingan negara sentiasa terjamin," katanya selepas menyampaikan saguhati khas kepada bekas polis yang berkhidmat semasa darurat (1948-1962) di Kuala Terengganu hari ini.

sampaikan saguhati khas..dah berapa lama berkhidamat dan dan berapa lama pencen baru dapat saguhati khas..kah kah kah..lidah pendek berkata kata..cuba korang bayangkan bila dia cakap laju laju..apa bunyinya..lu pikirlah sendiri..hahahaha

K'jaan sedia beri tempat perhimpunan aman

Kerajaan bersedia menyediakan tempat yang bersesuaian kepada mereka yang mahu berhimpun secara aman, seperti di stadium, untuk mengelak daripada berhimpun di jalanan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.

"Kita boleh bagi mereka stadium, di mana mereka boleh bertempik sampai subuh, tapi janganlah buat kacau di jalanan," kata Najib mengulas perhimpunan haram anjuran pakatan pembangkang di ibu negara semalam.

Perhimpunan itu yang mendesak kerajaan agar menghapuskan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang dianggap tidak adil, lapor Bernama.


...Kah kah kah...ini baru betul ni..fatwa baru dari PM(pahlawan Monggolia)najib razak..ada ker nak bagi stadium..woit..stadium tu selamat ke..bumbung dia kuat ke tak runtuk ke..ini macam ada udang di sebalik mee goreng mamak nie..

..Kalau nak bagi bagi la tempat yang tak berbumbung selamat sikit..macam dataran merdeka ke..padang merbok ke..padang polo ke..di jamin tahap keselamtan dia..paling pun kena timpa hujan tak pon kena panah petir ..hahahahah..woit cukuplaaa tipu 1 malaysiaaa..muak muak muakkkk..aku dah bosann bosann bosannnnn....

'Rakyat mahu perubahan'



Pemimpin badan hak asai manusia juga turut mengecam tindakan polis semalam.

Presiden Aliran, P Ramakrisnan mengutuk tindakan keras polis ketika menyuraikan perarakan aman anti-ISA semalam.

Tegasnya, ribuan rakyat Malaysia yang prihatin menyertai perhimpunan semalam atas tanggungjawab patriotik mereka yang menolak ISA kerana disalahgunakan oleh BN.

Penganalisa politik, Khoo Kay Peng berkata, keputusan pilihanraya umum 2008 yang menyaksikan ramai rakyat menolak kerajaan BN, menunjukkan mereka mahu kebebasan yang lebih luas.

"Rakyat mahukan perubahan. Jika BN mahu kekal berkuasa, maka ia mesti mendengar hasrat rakyat yang mahukan kebebasan dan supaya hak individu dihormati," tambahnya.

"Mereka turun ke jalanan kerana kerajaan tidak menyediakan ruang alternatif untuk mendengar kehendak rakyat," katanya.

Khoo berkata, BN yang sedang berusaha memulihkan sokongan rakyat selepas pilihanraya umum 2008, berdepan dengan kemungkinan kalah dalam pilihanraya umum akan datang jika ia masih gagal melaksanakan pembaharuan demokrasi di negara ini

..Gua salute pada yang beri pandangan ni..Memang selama ini kerajaan tak pernah nak memberi ruang kepada rakyat untuk menyuarakan apa yang mereka perlukan..pemimpin pemimpin kerajaan tak sedar bahawa dengan kuasa rakyat mereka mampu menjadi pemimpin..Pemimpin hanya tahu menipu rakyat..selama 50 thn rakyat malaysia di tipu oleh kerajaan sekarang tambah lagi satu konsep. konsep 1 malaysia dimana agenda utama adalah untuk tipu 1 malaysia..hahahahaha..lu pikirlah sendiri...

Perarakan bersejarah

Tanggal 1 ogos telah berlangsungnya perarakan bersek\jarah bagi rakyat malaysia dimana rakyat yang mahukan perubahan dalam pentadbiran telah kembali ke jalan raya untuk meluahkan rasa hati mereka,ketidakpuasan hati mereka,kemarahan mereka kepada satu akta yang telah lama menghantui rakyat malaysia tetapi hanya segelintir sahaja yang sedar bahawa akta ini patut di hapuskan berdasarkan hak hak asasi manusia.

Anti-ISA: 20,000 sertai, 589 ditangkap

Kira-kira 20,000 orang membanjiri ibu negara hari ini untuk menyertai perhimpunan anti-ISA anjuran Gerakan Mansuhkan ISA (GMI).

Mereka berdepan dengan anggota polis yang melepaskan tembakan gas pemedih mata serta tembakan meriam air di lokasi perhimpunan di kompleks membeli-belah SOGO, sekitar Masjid Jamek, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Raja Laut, Dataran Merdeka, di Masjid Negara serta di ibu pejabat PAS di Jalan Raja Laut.

Mereka mula berkumpul jam 2 petang di tempat-tempat berkenaan dan anggota polis, termasuk Unit Simpanan Persekutuan (FRU), yang bertindak meleraikan orang ramai, termasuk menangkap.

Polis bertindak menutup semua jalan menuju ke pusat bandar dan ke Istana Negara sejak awal pagi ini.

Akibat kawalan keselamatan ketat, GMI gagal menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong.

Bagaimanapun, wakil kumpulan pro-ISA, Mohd Khairul Azam Abdul Aziz, dapat menyerahkan memorandum mereka kepada pengawal Istana Negara.

Perhimpunan itu berakhir pada jam 3.45 petang selepas pemimpin Pakatan Rakyat meminta mereka bersurai selepas berucap di ibu pejabat PAS di Jalan Raja Laut.

Dipercayai hampir 200 orang ditahan.

Dalam sidang petang tadi, pengerusi GMI Syed Ibrahim Syed Noh mendakwa 100,000 orang menghadiri perhimpunan hari di beberapa tempat di tengah-tengah ibu kota.

Manaka Ketua Dewan Pemuda PAS Nasrudin Hassan pula menganggarkan kira-kira 80,000 menyertai perhimpunan hari ini.

Para saksi pula menganggarkan lebih kurang 20,000 menyertainya.

Sehingga lewat petang ini, pihak polis masih lagi berada di sekitar SOGO dan melepaskan tembakan meriam air apabila ternampak kumpulan penyokong anti-ISA.

Inilah yang terjadi pada hari tersebut.rakyat yang datang secara aman untuk meluahkan rasa mereka akhirnya di provok oleh pihak tertentu untuk mencetuskan huru hara dan membuat mereka yang datang dengan hasrat untuk berhimpun secra aman akhirnya bertukar kepada suasana kelam kabut.

Kenapa ini terjadi..siapa yang patut di pertanggungjawabkan..lu pikirlah sendiri..

kepada para demonstran tahniah dari aku kerana korang berjaya menunjukkan kepada pihak tertentu bahawasanya rakyat 1 malaysia sudah cerdik dan tidak lagi boleh di momokkan..kepada akhbar arus perdana cukup cukuplah menipu satu malaysia..janganlah amalkan tipu 1 malaysia dalam tulisan korang..aku muak muakkk muakkkkkkk...korang bagaimana..lu pikirlah sendiri..

coretan

salam semua..setelah sekian alama aku tak update laman blog aku ni atas sebab sebab kesibukan dengan kerja dan berbagai bagai masalah yang datang menimpa diri aku dan rakaan rakan seperjuangan dengan aku..sebab tu aku rasa mcam malas jer nak tulis menulis..tetapi kini semangat telah kembali dan aku akan terus menulis dalam blog ini seperti selalu..macam biasa tidak ada apa apa perubahan yang berlaku dalam malaysia sepanjang bulan julai malah penyakit selsema babi semakin banyak dan merebak sehingga meragut nyawaa..cuma pada bulan ogos satu sejarah telah tercipta sekali lagi di bumi malaya..dimana rakyat malaya sudah mula berani menggunakan kuasa yang ada pada mereka..KUASA MALAYA..jadi aku mulakan coretan blog dengan mengimbas kembali kejadian yang dah berlaku pada 1 ogos dimana 1 malaysia telah menyuarakan rasa hati mereka..teruskan membaca

Monday, June 15, 2009

Membela PKM dan Chin Peng

Lee Ban Chen

Aku tertarik dengan tulisan saudara ini jadi aku terbitkan kembali dalam blog aku supaya kawan kawan dapat baca..dan khas juga utuk muhyiddin sembab yassin..kalau baca..tak pon konco konco gerombolan tolong ambik iktibar dari tulisan saudara lee ban chen ini.. sekian teruskan baca..

Dua puluh tahun dahulu, perjanjian damai Haadyai ditandatangani oleh kerajaan Malaysia dengan Parti Komunis Malaya (PKM), maka perang saudara ditamatkan, dan bermulalah suatu proses persefahaman yang menguntungkan perpaduan nasional dan pembangunan negara.

Antara lain, sumbangan PKM dalam perjuangan kemerdekaan akhirnya diakui kerajaan. Datuk Rahim Noor, bekas ketua polis negara dan ketua rombongan perunding masa itu mengumumkan bahawa sumbangan PKM dalam perjuangan kemerdekaan tidak dinafikan atau diperkitaikan oleh kerajaan.

Di samping itu, menurut Darshan Singh Khaira - peguam Chin Peng, Fasal 3.1 perjanjian damai itu menyatakan anggota PKM yang telah meletakkan senjata dan ingin kembali ke kampung halaman mereka di Malaysia dibenarkan berbuat demikian secara bebas.

Dengan kata lain, jika perjanjian damai diterima bulat oleh kerajaan, Chin Peng sewajarnya dibenarkan kembali ke Malaysia bersama-sama kawan-kawan seperjuangannya 20 tahun dahulu!

Oleh kerana permohonan Chin Peng untuk kembali ditolak oleh kerajaan, beliau terpaksa mengambil tindakan undang-undang melalui mahkamah. Mahkamah di semua peringkat hingga Mahkamah Persekutuan sama-sama tegas agar Chin Peng kemukakan surat kelahiran dan kewarganegaraannya untuk membuktikan beliau diperanakkan di sini.

Permintaan ini mustahil untuk Chin Peng, kerana dokumen-dokumen tersebut sudah hilang dalam huru-hara peperangan. Hakikat Chin Peng dilahirkan di Setiawan, Perak diketahui umum di dalam dan luar negeri, dan sanak-saudaranya dengan senang saja dapat menjadi saksi untuk memberi keterangan di mahkamah.

Rasanya permintaan mahkamah hanya merupakan alasan untuk menafikan hak Chin Peng untuk menetap di Malaysia berasaskan prinsip jus soli.

Pada 21 Mei, pengerusi Citizens International, SM Mohamed Idris merayu kepada kerajaan supaya membenarkan Chin Peng pulang atas alasan-alasan berikut:

• Melalui perjuangannya menentang imperialisme, penjajahan dan penindasan, beliau telah membawa kehormatan dan maruah kepada negara dan rakyat kita;

• Telah menjadi fakta sejarah yang sahih bahawa perjuangan yang dibawa oleh gerakan pembebasan pimpinan Chin Peng, Rashid Mydin, Abdullah CD, Shamsiah Fakeh dan lain-lain telah menyumbang ke arah kemerdekaan Malaya;

• Sumbangan gerakan ini diiktiraf sendiri oleh mantan perdana menteri Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj, bekas timbalan perdana menteri Tun Dr Ismail Abdul Rahman dan Tun Abdul Ghafar Baba, seorang lagi mantan timbalan perdana menteri;

• Perjanjian PKM dengan kerajaan Malaysia pada 1989 membenarkan bekas pemimpin gerakan gerila itu pulang ke tanahair dan menetap, kerajaan digesa menghormati butiran perjanjian tersebut.

• Beberapa bekas pemimpin kanan PKM seperti Abdullah C.D., Shamsiah Fakeh dan Musa Ahmad telah dibenarkan oleh kerajaan untuk kembali, malah menetap di Malaysia.

Pengerusi Gerakan Pulau Pinang Dr Teng Hock Nan menyokong saranan Citizens International dan turut menggesa agar kerajaan mengkaji semula keputusan menolak permohonan Chin Peng berasaskan semangat kemanusiaan, demi mengenang jasanya dalam proses memperjuangkan kemerdekaan Malaya.

Rayuan mereka berasaskan kerasionalan dan keadilan, dan sesuai dengan butiran dan semangat perjanjian Haadyai 1989.

Malangnya Dr Teng telah dijadikan kambing hitam oleh beberapa golongan berkepentingan politik yang cuba mengapi-apikan sentimen anti-komunis dan kebencian kaum, mereka cuba menyimpang tumpuan orang ramai terhadap kebuntuan politik mereka.

Seperti biasa, Utusan Malaysia tampil untuk mengorkestrakan gelombang anti-komunis, dan dalam beberapa hari saja, kita kembali dalam suasana seolah-olah ketakutan menjelang Operasi Lalang apabila sesiapa sahaja boleh dicap komunis atau pelampau dan ditahan bawah undang-undang ISA.

Menteri Penerangan, Komunikasi, Seni dan Kebudayaan, Rais Yatim mengancam akan mengambil tindakan terhadap blog-blog yang dianggap menyebarkan “ideologi komunis”, dan mahu sentimen yang menganggap komunisme mempunyai nilai-nilai nostalgia dan positif dilupuskan sama sekali dalam pemikiran seluruh rakyat Malaysia.

Rais seolah-olah masih terbelenggu dalam mind-set anti-komunis zaman perang dingin. Kepada beliau, PKM masih dianggap sebagai musuh sungguhpun perjanjian damai telah ditandatangani selama 20 tahun!

Dalam sebuah negara demokrasi, siapakah berhak untuk menegah orang lain daripada mengenang dan menyanjung pengorbanan dan perjuangan masa silam mereka yang membanggakan, atau bertafakur dan mengambil iktibar daripada pengalaman-pengalaman dan kejadian-kejadian lepas?

Tidak kira kamu seorang konservatif, beragama, liberal, radikal atau berlatarbelakangkan sebarang fahaman politik atau ideologi lain, kamu mempunyai hak-hak kemanusiaan terhadap kebebasan-kebebasan bersuara, pemikiran, kepercayaan dan keyakinan.

Dengan kata lain, bekas ahli-ahli PKM, termasuk Mat Amin, dan mereka yang masih percaya ada nilai-nilai positif dalam komunisme/Marxisme, atau apa-apa isme sekalipun, mereka juga berhak mempunyai blognya sendiri (seperti ruang siber menempatkan beribu-ribu blog seperti ini).

Mereka harus dibenarkan berblog, jika mereka hanya menggunakan komputer dan patuh kepada undang-undang siber negara kita, bukan melancarkan perjuangan bersenjata terhadap negara.

Kutukan Rais terhadap komunisme secara tuntas menjelang kunjungan rasmi Perdana Menteri Najib Razak ke negara komunis China adalah tidak wajar dan melanggar kesusilaan diplomatik, terutamanya apabila hubungan setiakawan dan ekonomi kedua-dua negara sedang meningkat ke tahap kerjasama strategik.

Menteri Pertahanan Dr Ahmad Zahid Hamidi juga tiba-tiba terhidu semacam ada usaha yang berbau komunis cuba hidupkan di negara kita. Saya tidak pasti gerangan apa yang dimaksudkan Zahid sebagai “ideologi dan nilai-nilai komunisme” yang amat abstrak itu.

Kini, kita hidup dalam dunia di mana semua ideologi dan nilai sedang mengalami perubahan yang pesat. Tanpa diberi definisi yang tepat, tuduhan beliau itu boleh ditafsirkan dengan sesuka hati untuk tujuan memomokkan orang ramai.

Bagaimanapun, jika sengaja dikaitkan pihak-pihak seperti Gerakan, DAP, PAS, PSM dan seterusnya – yang pernah mengakuri sumbangan PKM dalam memperjuangkan kemerdekaan negara kita – sebagai ingin menghidupkan semula komunisme di negara kita, maka mungkin Rais dan Zahid sendiri juga tidak percaya!

Zahid tidak setuju Chin Peng dibenarkan kembali ke Malaysia, beliau berpendapat jika Chin Peng kembali, ia merupakan penghinaan terhadap keluarga hampir 50,000 anggota pasukan bersenjata penjajah British dan kerajaan Malaysia yang maut semasa era darurat di Malaya.

Bercakap bagi pihak British, bukan bagi pihak PKM yang memperjuangan kebebasan nasional, membuktikan Zahid mengabdikan diri kepada kepentingan penjajah.

Perlu juga Zahid menerangkan kenapa bilangan kematian pasukan bersenjata British dan kerajaan Malaysia diperbesar-besarkan sehingga 50,000, sedangkan ahli sejarah pernah menganggarkan jumlah itu kurang daripada 2,000 bagi anggota pasukan bersenjata British dan kerajaan yang gugur dalam perang, dan kematian pasukan PKM pula mencecah 7,000.

Dua perkara penting berikut perlu dijelaskan. Pertama, dalam mana-mana perang sekalipun, tentu ada kematian dan kesengsaraan bagi kedua-dua pihak yang terlibat, cerita satu pihak saja tentu tidak adil kepada pihak yang satu lagi.

Padahal, dalam perang berjangka panjang seperti dalam perang anti-Jepun, perang pembebasan anti-British dan perang saudara selepas British meninggalkan negeri kita, jumlah kematian pihak PKM sebenarnya lebih beberapa kali ganda berbanding dengan jumlah kematian pihak British dan kerajaan Malaysia.

Di samping itu, beribu-ribu ahli dan penyokong PKM telah digantung mati, dipenjarakan, diseksa dan dibuang negeri. Rumah-rumah penduduk desa dimusnahkan, dan mereka dipaksa untuk pindah ke khemah-khemah tahanan (kampung-kampung baru) di merata negeri.

Kenapa kesemua pengorbanan dan kesengsaraan ahli-ahli dan penyokong-penyokong PKM dan penduduk-penduduk desa tidak disebut langsung oleh media-media arus perdana dan menteri-menteri berkaitan?

Yang kedua, kita perlu membezakan antara perang adil dengan perang tidak adil. Jelas sekali, perang anti-Jepun dan perang anti-British yang dilancarkan PKM adalah perang adil untuk mempertahankan negara dan rakyat.

Oleh itu, mereka adalah patriot tulen, jasa-jasa mereka yang membanggakan ini patut dicatat dalam buku sejarah di peringkat persekolahan kita. Mereka yang berperang sebagai proksi British tidak berhak untuk menuntut simpati daripada rakyat.

Mungkin kamu akan bertanya: kenapa PKM masih berperang selepas British meninggalkan Malaysia? Mereka sebenarnya terpaksa meneruskan perang kerana inisiatif mereka untuk mencapai perjanjian damai di Rundingan Baling pada 1955 telah digagalkan oleh penjajah British dengan meletakkan prasyarat PKM mesti menyerah diri.

Jawaban Chin Peng ialah: “Jika kamu menuntut kami serah diri, kami rela melawan hingga orang terakhir!” PKM padahal tidak meminta lebih daripada apa yang pernah Tunku Abdul Rahman tawarkan.

Saya petik daripada memoir Chin Peng yang telah diterbitkan:

“Memandang lurus merentangi dua meja, saya katakan, dulu Tunku pernah sebut jika perjuangan bersenjata kami dihentikan, parti kami akan diberi kedudukan setaraf agar kami dapat memperjuangkan kemerdekaan melalui cara perlembagaan. Namun syarat-syarat pengampunan sekarang tidak mengandungi perkara tersebut.” (alias Chin Peng, My Side of History, halaman 379)

Jadi, siapa yang harus disalahkan, Chin Peng atau Tunku?

..lu pikir la sendiri...

Anwar: Benarkan Chin Peng pulang

Atas dasar perikemanusiaan, bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng, patut dibenarkan pulang ke Malaysia, kata Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Dia (Chin Peng) umur pun dah tua. Dia nak balik ke kampung halaman dia. Kita dah benarkan dulu," katanya dalam sidang media selepas berucap dalam Kongres Khas PKR di Bangi hari ini.

Sejarah kita kena dilihat secara objektif dan (kita) ambil sikap peri kemanusiaan. Yang sudah sudahlah, kita kerja," kata Anwar, sambil menyifatkan isu komunis dimainkan media pro-pemerintah.

Menurut Anwar, ketika berada dalam kerajaan dahulu, beberapa pemimpin Umno, termasuk beliau pernah berkunjung ke China dan bertemu dengan pemimpin Parti Komunis China.

"Kita ada perjanjian damai. Kita bawa balik perbagai tokoh termasuk, Shamsiah Fakeh dan beberapa (pemimpin) yang lain. Bagi saya, atas dasar kemanusiaan dan konsisten dengan dasar, kita kita harus maafkan (Chin Peng).

"Dari segi Islam, ketika pembukaan Mekah, Rasulullah memaafkan semua kafir Quraish yang menyerang, membunuh dan melakukan keganasan terhadap Islam dan penyokong Rasulullah. Maknanya ada masa kita berdamai," katanya.

Chin Peng, 85, tinggal dalam buangan di Bangkok dan telah memohon kebenaran kerajaan dan juga melalui mahkamah untuk pulang ke Malaysia.

Dilahirkan di Perak sebagai Ong Boon Hua pada 1923, Chin Peng dianugerahkan Order of the British Empire (OBE) dan dua pingat kerana membantu British melawan pendudukan Jepun di Malaya dalam Perang Dunia Kedua.
Dia kemudiannya mengetuai Parti Komunis Malaya (PKM), yang disokong oleh China, melancarkan perang gerila terhadap penjajahan British dan kerajaan Malaysia, antara 1948 dan 1960.

Ahli-ahli sejarah menganggar kira-kira 2,000 tentera British dan pasukan keselamatan Malaysia terkorban serta 7,000 anggota komunis.

PKM kemudiannya menandatangani perjanjian damai dengan kerajaan Malaysia pada 1989 yang membenarkan beberapa pemimpin tinggi PKM pulang ke Malaysia.

Menurut Anwar lagi, Chin Peng harus dibenarkan pulang tetapi "ia tidak bermakna kita bersetuju dengan kesemua kesilpan yang telah dilakukannya".

Sebaliknya, kata beliau, pendiriannya mengenai Chin Peng itu adalah atas "alasan kemanusian" dan bukannya kerana beliau menyokong PKM kerana sewaktu masa mudanya, beliau menentang keras fahaman komunisme.

Banyak pihak, termasuk Persatuan Bekas Tentera Malaysia, menentang keras Chin Peng dibenarkan pulang ke Malaysia.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pula berkata sebarang saranan untuk membenarkan Chin Peng tidak akan dilayan dan menegaskan perkara itu hendaklah "ditutup".

Anwar berkata beliau menjangka Utusan Malaysia - akhbar milik Umno - akan "memutarbelit" kenyataannya mengenai Chin Peng hari ini.

Ada kemungkinan, katanya, mereka akan menulis tajuk "Anwar sokong Chin Peng" atau "PKR suara baru komunis".

..aku ingat dah abih isu mamat ni..rupanya ada lagi yang masih berjuang untuk memberi peluang kepada saudara chin peng..

...kalau saudara anwar ibrahim berkata demikian aku dari kuasa malaya akan menyokong kenyataan saudara anwar ibrahim ini..memang akhabr kerajaan akan berbuat demikian..da lepas ni boleh tengok pulak saudara ibrahim ali dari pasir mas akan buat satu lagi perhimpunan menghentam saudara anwar ibrahim,...berbaru ni dah buat perhimpunan rakyat merhain kali ni rakyat apa plak tak tau..kita sama sama tunggu ajalah..

..bagi tan ri sembab muhyidin yassin tolong fikir secara waras dan normal..jangan di sebabkan oleh kesembabpan anda tidak dapat berfikir secara rasional..nak tanya sikit muhyiddin sembab yassin ni ada ke dapat pingat dari kerajaan british?kah kah kah..pingat sukma pon takde lagi mahu banyak cerita..


salam sejahtera

Salam sejahtra buat semua yang membaca blog aku nie..hahaha..aku lama tak update sebab aku agak agak sibuk juga kebelakangan ini dengan kerja kerja yang datang dan peluang peluang yang hadir dalam hidup aku kebelakangan ini..di samping sibuk memikirkan apa lagi yang bakal nak berlaku dalam malaysia lepas nie..Macam macam benda yang berlaku pada aku kebelakangan ini sejak sejak kegawatan ekonomi melanda dengan begitu serius sekali..kalau sebelum ni ada aku postkan pasal komunis dan sedikit sejarah perjuangan pejuang pejuang kemerdekaan haluan kiri yang dikatakan oleh golongan golongan melayu elit sebagai pengkhianat bangsa..aku nak tekankan sekali lagi bahawa mereka ini sebenarnya layak di kenang dan layak di hargai..seperti pejuang pejuang kemerdekaan yang lain..aku terpikir gak idea member aku bagi dalam kami berbual kosong..ada dia cakap nak buat satu petisyen menyokong supaya chin peng di beri peluang utk balik ke tanah air..hahaha agak bagus jugak tu..korang rasa kalau aku ikut idea member aku tu aku kena ISA tak..tak pon kena tembak..atau kena sembelih dengan rakyat malaysia..

korang kalau rasa idea member aku tu bernasa lagi mantap tolong berikan sokongan nnt aku akan buat..hahaha sama sama kite kena tahan ISA tak pon kena tembak ngan orang kampung..amacam ada berani..aku?aku berani jer
oklah cukup merapu rapu baca post seterusnya..

Friday, June 5, 2009

Parti Komunis Malaya

Parti Komunis Malaya ( Malayan Communist Party) atau singkatannya PKM ialah sebuah pertubuhan yang diasaskan di Tanah Melayu (sekarang Malaysia) pada tahun 1930. Pertubuhan ini menentang penjajahan British yang ketika itu itu sedang memerintah Tanah Melayu. Ketika kedatangan Jepun, PKM membentuk Malayan People's Anti-Japanese Army (MPAJA) untuk berperang dengan mereka.

Pemberontakan bersenjata (1948 - 1989)

Jepun mula menakluki Tanah Melayu pada 13 Februari 1942 sehingga 15 Ogos 1945. Kezaliman sewaktu memerintah adalah pahit. Jepun berjaya menakluki Tanah Melayu telah mendapat sokongan daripada anak negeri yang terperangkap dengan janji-janji kemerdekaan yang telah dijanjikan. Jepun juga turut menghampakan harapan mereka yang terperangkap dengan janji-janji Jepun untuk memberikan kemerdekaan dengan Propaganda jepun iaitu "Asia untuk Orang Asia" dan "Semangat Asia". Kekerasan berlaku. Mereka yang disyaki menentang Jepun akan dibunuh. Akibat kezaliman Jepun itu, semangat cinta akan tanah air telah dipupuk.

Pada Zaman Pendudukan Jepun, rakyat hidup dalam sengsaraan. Kezaliman dan kekejaman yang dilakukan oleh Kempetai amat ditakutkan. Kempetai merupakan unit polis yang menangkap sesiapa yang disyaki menentang Jepun. Banyak masalah sosial juga ditimbulkan. Ekonomi merosot, ramai yang mati kebuluran, hasil pertanian dirampas, bilangan pengangguran semakin meningkat, ubat-ubatan tidak cukup menyebabkan ramai yang mati kerana penyakit. Orang Cina yang menghantar bantuan kepada negara China apabila Perang Jepun dengan China ditangkap dan dibunuh dengan penuh kezaliman. Memaksa rakyat membina Keretapi Maut di negara Thai. Dasar penjepunan diperkenalkan, sekolah-sekolah diganti dengan sekolah Jepun, bahasa Nippon-go digunakan, Kamigayo iaitu lagu kebangsaan Jepun dinyanyikan, tulisan Jepun ditulis. Perbuatan tersebut menyebabkan kelahiran MPAJA iaitu Tentera Anti Jepun Tanah Melayu, Force 136, Gerila Kinabalu dan lain-lain gerakan yang menentang Jepun. Akhirnya, Jepun menyerah kalah tanpa syarat setelah Hiromshima dan Nagasaki dibomkan. Walaupun Jepun telah menyerah kalah kepada tentera Berikat, tetapi banyak kesan-kesan positif malah negetif diwujudkan. Antaranya, Zaman Pendudukan Jepun itu telah membangkitkan semangat patriotik di kalangan rakyat tetapi masalah perpaduan telah diwujudkan serta masyarakat menjadi kucar-kacir. Ramai yang mati akibat kelaparan dan dijangkiti penyakit.

Setelah Jepun menyerah kalah, MPAJA yang juga dikenali sebagai Parti Komunis Malaya ditubuhkan pada 20 April 1930. Yang pada awalnya bekerjasama dengan pihak British untuk menentang pendudukan Jepun berdasarkan perjanjian yang dibuat pada 8 Disember 1940, mengambil peluang untuk membalas dendam terhadap sesiapa yang dianggap bersubahat dengan Jepun.

Menerusi MPAJA, bantuan senjata, latihan, kewangan, bekalan lojistik dan perubatan telah diperolehi dari British. Dalam tempoh 3 tahun kekuatan tentera MPAJA dianggarkan sebanyak 7,000 anggota dan tidak hairanlah apabila darurat berlaku pihak British dan anggota pasukan keselamatan terpaksa berhadapan dengan kesukaran menghapuskan sekumpulan tentera yang telah dilatih untuk berperang. Manakala dari segi penglibatan negara luar pula, Parti Kuomintang dari China memainkan peranan yang penting untuk menyebarkan perfahaman komunis ke Tanah Melayu. Cawangan Kuomintang di Tanah Melayu diharamkan oleh British. Walau bagaimanapun, golongan komunis di Tanah Melayu menubuhkan Parti Komunis Nanyang tetapi diharamkan pada tahun 1930 kemudian menubuhkan pula Parti Komunis Malaya.

Tujuan penubuhan PKM adalah untuk menghalau British keluar dari Tanah Melayu dan menubuhkan Republik Komunis. Semasa pemerintahan Jepun PKM menubuhkan MPAJA untuk menentang Jepun. MPAJA mendapat sokongan daripada orang Cina.

Selepas Jepun menyerah kalah, Parti Komunis Malaya telah mengambil kesempatan untuk berkuasa menerusi gerila-gerila MPAJA dan melalui beberapa pertubuhan seperti Min Yuen, MRL dan sebagainya. Beberapa siri keganasan dan rusuhan serta pergaduhan antara kaum telah berlaku di Tanah Melayu, terutamanya di bahagian selatan Tanah Melayu. Akibatnya, orang-orang Melayu mulai bertindak-balas terhadap kekejaman anggota komunis Bintang Tiga, seperti pasukan yang diketuai oleh Panglima Salleh Selempang Merah. Kembalinya British dengan pentadbiran tenteranya (BMA) dalam tempoh yang singkat menyebabkan komunis Bintang Tiga tidak berjaya mengembangkan pengaruh mereka. Akibat kegagalan komunis Bintang Tiga merampas Tanah Melayu dengan gerakan bersenjata, telah membawa kepada persetujuan pembubaran tentera MPAJA dan perletakan senjata api disamping pembayaran saguhati kepada gerila-gerila terbabit.

Bagi meraih simpati, mengindoktrinasi fahaman komunis dan mendapatkan sokongan orang-orang Melayu, pihak Parti Komunis Malaya telah mengasaskan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang diasaskan oleh Ahmad Boestamam berfahaman kebangsaan dan Mokhtaruddin Lasso (MPAJA) berfahaman komunis pada 17 Oktober 1945. Parti Komunis Malaya telah menguasai Parti Kebangsaan Melayu Malaya melalui tokoh-tokoh jawatankuasanya yang terdiri daripada Mokhtaruddin Lasso (Presiden), Arshad Ashaari (bendahari), Rashid Maidin, Abdullah C.D. Parti Kebangsaan Melayu Malaya lebih cenderung bagi Tanah Melayu menyertai Indonesia bagi mendapat kemerdekaan pada 1949.

Terbentuknya Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948 merupakan kekalahan kepada Parti Komunis Malaya kerana golongan ini telah diketepikan oleh British. Parti Komunis Malaya telah menukar strategi dan mula mencetuskan kegagasan melalui mogok dan rusuhan. Pihak British bertindak balas dengan mengharamkan pemimpin politik daripada mengetuai kesatuan pekerja, dengan itu melemahkan kedudukan komunis Bintang Tiga.

Pihak komunis Bintang Tiga kemudiannya mulai mengangkat senjata dan beberapa siri serangan dan serangan telah berlaku. Bagaimana pun, insiden pada 16 Jun 1948 iaitu pembunuhan tiga orang pengurus estet berbangsa Eropah di Sungai Siput, Perak telah membawa kepada pengistiharan darurat oleh Sir Edward Gent. Apabila keadaan bertambah teruk, pada 12 Julai 1948, darurat diistiharkan ke seluruh negara. Parti Komunis Malaya telah diharamkan pada 23 Julai 1948. Seluruh angkatan bersenjata telah digerakkan termasuk Senoi Praaq bagi menentang komunis.

Akibat kesukaran dan kekurangan sokongan dari masyarakat, pemimpin Parti Komunis Malaya, Chin Peng telah meminta perundingan diadakan pada tahun 1955. Rundingan Baling ini yang diadakan pada 28-29 Disember 1955 tidak membawa apa-apa keputusan drastik. Ini disebabkan kerajaan menawarkan pengampunan dengan syarat Parti Komunis Malaya dibubarkan, tetapi Chin Peng pula meminta Parti Komunis Malaya dibenarkan untuk bergerak sebagai sebuah parti politik. Pihak kerajaan yang telahpun mencapai kemajuan dalam membasmikan Parti Komunis Malaya, dan menimbangkan kekejaman Parti Komunis Malaya terhadap rakyat sebelumnya, menolak usul membenarkan Parti Komunis Malaya dibenarkan bergerak sebagai sebuah parti politik. Tunku kemudiannya menegaskan kepada rakyat bahawa Parti Komunis Malaya bertindak menentang kerajaan sah yang telah dipilih rakyat dan merdeka daripada penjajahan British.

Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 ketika darurat masih lagi berkuatkuasa. Pada 31 Julai 1960, darurat ditamatkan setelah ancaman komunis semakin berkurangan dan pengunduran mereka ke sempadan Tanah Melayu dan Thailand. Penempatan baru komunis di sempadan telah membolehkan mereka mengumpul dan memulihkan kekuatannya.

Selepas sekian lama dan atas kesedaran pucuk pimpinan Parti Komunis Malaya, maka pada 2 Disember 1989, Perjanjian Damai (Perjanjian Haadyai) telah ditandatangani di antara Parti Komunis Malaya dengan Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Thailand. Perjanjian bersejarah itu telah menamatkan perjuangan bersenjata Parti Komunis Malaya selama 41 tahun dan mengembalikan taat setianya kepada Yang di-Pertuan Agong dan patuh kepada Perlembagaan dan undang-undang negara.

Angkatan Wanita Sedar

Angkatan Wanita Sedar (singkatan: AWAS) ialah sebuah organisasi yang ditubuhkan oleh Jabatan Wanita, Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) pada Februari 1946. AWAS ini bergerak sendirian seperti juga Angkatan Pemuda Insaf (API). Badan wanita ini dipimpin oleh Shamsiah Fakeh. Angkatan Wanita Sedar ini berhaluan Sosialis.

Pada 22 Februari 1947, AWAS menyertai Pusat Tindakan Rakyat (PUTERA), sebuah parti campuran yang terdiri daripada enam parti politik sayap kiri yang diketuai oleh Ishak Haji Muhammad (Pak Sako) daripada Parti Nasionalis Melayu (MNP). Angkatan Wanita Sedar ini kemudian diharamkan oleh kerajaan pada tahun 1948.

Angkatan Pemuda Insaf

Angkatan Pemuda Insaf (API) merupakan sebuah parti politik yang ditubuhkan pada 17 Februari 1946 di Ipoh, Perak, oleh Ahmad Boestamam, Abdul Rahman Rahim dan Bakar Thareek.

API adalah sebuah badan politik kiri dan sosialis Melayu yang pada asalnya merupakan sayap pemuda Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM). Parti ini mempunyai kaitan yang sangat rapat dengan Gabungan Pemuda Demokratik Sedunia dan Pertubuhan Lembaga Pemuda Bangsa Asia di Indonesia yang banyak mempengaruhi API dalam setiap sudut perjuangannya.

Parti ini diharamkan oleh kerajaan British pada 17 Julai 1947 dalam Warta Kerajaan Malaya Union. Tindakan mengharamkan pertubuhan yang berhaluan kiri itu adalah mengikut Ordinan Persatuan, 1947 (Societies Ordinance, 1947).

Tindakan mengharamkan API didakwa disebabkan kekacauan yang dilancarkan oleh AMCJA-PUTERA serta kegiatan-kegiatan golongan kiri yang dipelopori oleh API. Kerajaan British juga mendakwa asas-asas perjuangan API yang membahayakan melalui buku Testament Politik API yang ditulis oleh Ahmad Boestamam. API merupakan pertubuhan politik yang pertama diharamkan oleh British.

Ideologi dan perjuangan API


Tujuan berdirinya API sebagaimana yang terkandung dalam buku "Testament Politik A.P.I." adalah:

  • Menyatukan pemuda-pemuda insaf dalam satu barisan.
  • Mengukuhkan barisan perjuangan untuk bangsa dan tanah air.
  • Memberi latihan sahsiah, rohani dan jasmani kepada pemuda-pemudanya supaya bersedia menjadi pemimpin bila dikehendaki.
  • Membina semula Malaya mengikut fahaman demokrasi yang sejati berdasarkan kedaulatan rakyat.
  • Menuntut perwakilan dalam pemerintahan Malaya.

Sementara itu tuntutan API pula adalah seperti berikut:

  • Tuntutan politik: Negara merdeka, demokrasi tulen, pemerintahan datang dari rakyat dan faedah kebajikan untuk rakyat (dari rakyat untuk rakyat).
  • Tuntutan ekonomi: Gagasan ekonomi yang teratur dari rakyat untuk rakyat. Susunan ekonomi yang dipegang oleh negara.
  • Perubahan susunan masyarakat dan keadilan sosial: Keadilan sosial adalah merupakan kayu pengukur sama ada demokrasi berjalan sepenuhnya atau pun tidak. API menyatakan bahawa selagi ada susun kelas mesyarakat selagi itulah demokrasi tidak tulen. API mahukan penentangan kelas antara rakyat dihapuskan dalam masyarakat bangsa Melayu.
...Baca dan fikirkanlah...

Kesatuan Melayu Muda

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Kesatuan Melayu Muda (KMM) ditubuhkan pada 1938 di Kuala Lumpur, ibu negara Negeri-negeri Melayu Bersekutu oleh Ibrahim Yaakob untuk melindungi hak-hak orang Melayu dan menentang penjajahan British. KMM merupakan pertubuhan politik bersifat kebangsaan yang pertama di British Malaya. Pertubuhan ini berhasrat untuk menggulingkan pemerintahan Inggeris di Tanah Melayu dengan tindakan keras dan menyatukan Tanah Melayu dengan Indonesia di bawah Panji Melayu Raya. Perjuangan yang amat radikal ini menyebabkan pihak Inggeris menggangap mereka pejuang berhaluan kiri.

Anti penjajah British

Penubuhan KMM berkait rapat dengan keadaan di Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI), yang kini dikenali sebagai Universiti Pendidikan Sultan Idris di Tanjung Malim,Perak pada tahun 1930-an. Semangat anti-British dipanaskan melalui syarahan dan penulisan di maktab tersebut. Cikgu Ibrahim Yaakob sendiri merupakan seorang bekas guru pelatih maktab itu. Antara bekas pelajar MPSI yang lain yang bergiat di dalam KMM adalah Hassan Manan, Abdul Karim Rashid dan Mohd Isa Mahmud.

Selepas penubuhan pusat KMM di Kuala Lumpur, ahli-ahli KMM yang ramai terdiri daripada guru-guru graduan MPSI mula menyebarkan sayap KMM ke pelusuk Tanah Melayu. Kemudiannya, KMM dan beberapa pertubuhan Melayu yang lain telah mengaturkan satu kongress Melayu di Kuala Lumpur pada Ogos, 1939. Kongress kedua telah diadakan di Singapura pada Disember 1940. Kongress sepatutnya diadakan di Ipoh pada tahun 1941. Akan tetapi, kehendak itu terhalang apabila Perang Dunia II meletus dan Tanah Melayu jatuh ke tangan Jepun.

Selepas penubuhan pusat KMM di Kuala Lumpur, ahli-ahli KMM yang ramai terdiri daripada guru-guru graduan MPSI mula menyebarkan sayap KMM ke pelusuk Tanah Melayu. Kemudiannya, KMM dan beberapa pertubuhan Melayu yang lain telah mengaturkan satu kongress Melayu di Kuala Lumpur pada Ogos, 1939. Kongress kedua telah diadakan di Singapura pada Disember 1940. Kongress sepatutnya diadakan di Ipoh pada tahun 1941. Akan tetapi, kehendak itu terhalang apabila Perang Dunia II meletus dan Tanah Melayu jatuh ke tangan Jepun.

Sewaktu Perang Dunia II semakin menghampiri Tanah Melayu,pemuda-pemuda KMM telah menyemarakan semangat anti-British. Pada 1941, Konsul Jeneral Jepun di Singapura telah membantu KMM membeli akhbar Melayu di Singapura yang dipanggil Warta Malaya dengan memberikan kemudahan kewangan. Pada tahun 1941, pihak British telah mula mengesan pengaruh Jepun di dalam KMM. British telah memerhati KMM dengan dekat dan pada akhir tahun 1941, pucuk kepimpinan KMM termasuk Ibrahim Yaacob dipenjarakan. Perjuangan KMM menjadi lemah apabila ramai pemimpin mereka ditangkap. Kelemahan mereka semakin ketara apabila Jepun mula menduduki Tanah Melayu.

Semasa tentera menyerang Tanah Melayu, pemuda-pemuda KMM telah membantu kemaraan tentera-tentera Jepun ke Tanah Melayu sepanjang tahun 1941-1942 sebagai penunjuk jalan dan juru bahasa. Ibrahim dilatih selama enam bulan dan sebelum Jun 1944 dia dilantik sebagai Komandan Giyuugun dengan pangkat Leftenan Kolonel. Dengan bantuan tentera Jepun pasukan Giyuugun telah ditubuhkan di Semenanjung Tanah Melayu dan di Sumatera.

KMM mempunyai hubungan yang akrab dengan Jepun. Pada Januari 1942, KMM meminta kemerdekaan Tanah Melayu dengan rasminya daripada Jepun. Ini membuatkan KMM sebagai badan politik kebangsaan Tanah Melayu yang pertama yang berbuat demikian. Walaupun begitu, Jepun menolak permintaan tersebut.

Pertemuan Taiping 1945

Pada 13 Ogos 1945, Ibrahim Yaakub telah bertemu dengan delegasi Ir Sukarno, Drs Mohammad Hatta, Drs Burhanuddin Helmi dan Mejar Jeneral Umezu di bandar Taiping, Perak. Sukarno dan Hatta singgah di Lapangan Terbang Taiping dalam perjalanan pulang dari Saigon, Vietnam ke Indonesia.[1] Mereka menyatakan bahwa rakyat di Tanah Melayu ingin bersatu dalam negara Indonesia. Ibrahim Yaakob lahir di Temerloh,Pahang pada 1911. Beliau berketurunan Bugis dan mengkagumi karisma Sukarno. Ibrahim Yaakob menegaskan kepada Sukarno bahawa orang- orang Melayu bertekad untuk menjadi orang Indonesia yang merdeka.

Indonesia Raya tidak menjadi kerana Jepun menyerah kalah secara tiba-tiba pada 15 Ogos 1945. Ibrahim diarahkan membubarkan Giyuugun . Pada 19 Ogos Ibrahim,isterinya, iparnya Onan Haji Siraj dan Hassan Hanan terbang ke Jakarta dengan pesawat tentera Jepun. Sukarno mengaskan gagasan memasukkan Malaya tidak mudah kerana terpaksa berjuang menentang dua kuasa besar iaitu Belanda dan British.

Sukarno menyarankan Ibrahim dan rakan rakan-rakan berjuang di pulau Jawa untuk mencapai 'Indonesia Raya'. Sehingga 1973 barulah Ibrahim kembali ke Malaysia kerana sebelum itu kerajaan Malaysia melarang beliau kembali.

...Itulah antara fakta sejarah yang jarang jarang kita ketahuii..jadi janganlah kiter terus di perbodohkan lagii..di tipu lagii..mahukah kita melihat satu malaysia di tipu..

MASIH LAGI KISAH KOMUNIS


HARI INI DALAM SEJARAH


Hari ini aku ingatkan kisah mengenai parti komunis malaya (PKM) sudah habis di bicarakan oleh rakyat dan kalangan pemimpin malaysia..tercetusnya kisah parti komunis malaya ni apabila salah seorang dari pemimpin parti politik menyuarakan pendapat agar bekas pemimpin parti komunis malaya ini di benarkan balik ke malaysia..Maka ramailah yang tampil memberi pandangan dan kutukan yang berbeza beza tpi kebanyakannya tak bersetuju dengan usul yang di luahkan..Ramai yang tampil untuk jadi hero..Ada yang sanggup tunggu di lapangan terbang umtuk menjadi orang pertama menyembelih saudara Ching Peng..Kenapa dia nak sembelih chin peng..sebab tangan dia hancur ketika operasi memburu komunis di sarawak..Dia pergi cari komunis kat sarawak yang chin peng ada kat semenanjung masa tu..Apa punya bangang la mamat ni (baca mingguan malaysia minggu lepas)..Apa kena mengena chin peng dengan tangan dia hancur di serawak..itulah antara yang begitu membenci parti komunis malaya..

..Hari ini aku ada terbaca dalam blog saudara hishamuddin rais..cerita bagaimana fakta sejarah cuba di tukar..cuba menipu rakyat malaysia yang aku rasa kebanyakkanya dah lupa sejarah perjuangan sebelum merdeka..Rajin rajin la bukak Wikipedia..kalau tak tahu apa itu wikipedia tanya pakcik google..Apa post itu..bacalah di bawah..

... Chin Peng bukanlah orang yang pertama yang memberontak melawan British. Sebelum Parti Komunis Malaya (PKM atau MCP - Malayan Communist Party), sudah ada Kesatuan Melayu Muda (KMM) yang bergerak sebelum Perang Dunia II. Mereka tidak mendapat sokongan penuh daripada orang Melayu Semenanjung kerana mereka cenderung ke kiri. Dengan itu perjuangan mereka tidak begitu berhasil. Namun terdapat beberapa pertubuhan yang secara tidak langsung mewarisi perjuangan mereka. Malay Nationalist Party atau Party Kebangsaan Melayu, Angkatan Belia Insaf dan Putera adalah di antara pertubuhan yang meneruskan perjuangan KMM. Mereka juga tidak mendapat sokongan daripada majoriti orang Melayu kerana disyaki dipengaruhi oleh Komunis.

...Siapa yang buat kenyataan itu..tun dr mahathir bekas pedana menteri malaysia yang dah nyanyuk tapi masih lagi gilakan kuasa..Dia ni lagi teruk dari Chin Peng nie..Aku rasa laa..

..tugas korang fikir fikirkanlah..kat mana nak cari artikel tu bukak web malaysiatoday....