
LONDON – Chelsea akhirnya berjaya menutup kempen musim ini dengan menjulang satu trofi.
Malam tadi, skuad The Blues itu m
uncul juara Piala FA 2009 selepas menewaskan Everton 2-1 pada aksi final di Stadium Wembley.
Ia merupakan kejuaraan kelima buat Chelsea dalam sejarah Piala FA setelah mereka berjaya memenanginya pada edisi 1970, 1997, 2000 dan 2007.
Lebih manis, kejayaan malam tadi juga merupakan hadiah paling istimewa Chelsea buat
pengurus, Guus Hiddink yang akan kembali membimbing skuad kebangsaan Rusia selepas ini.
Di hadapan 89,391 orang penonton, Everton hanya memerlukan 25 saat untuk memperoleh gol pertama mereka hasil rembatan Louis Saha yang gagal diselamatkan penjaga gol Chelsea, Petr Cech.
Namun, pada minit ke-21, Chelsea berjaya menyamakan kedudukan setelah Didier Drogba (gambar atas) menanduk masuk bola hantaran lintang Florent Malouda.
Chelsea memperoleh gol kemenangan selepas Frank Lampard merembat cantik dari luar kotak penalti dan gagal diselamatkan penjaga gol Everton, Tim Howard pada minit ke-72....tahniah buat peminat peminat chelsea..



