Sunday, May 31, 2009

Solat 'berkiblatkan' sampah

AMPANG – Surau Al-Iman, sebuah tempat ibadat, dikelilingi sampah!

Sukar dipercayai tetapi itulah hakikatnya pemandangan di sekitar Surau Al-Iman di Taman Indah Permai di sini yang dikelilingi kawasan yang saling tidak ubah seperti pusat pelupusan sampah jika dilihat dari atas sebuah bukit di situ.

Persekitaran surau berkenaan menjadi lokasi pembuangan sampah oleh pihak yang tidak bertanggungjawab sejak tiga tahun lalu.

Seorang penduduk yang mahu dikenali sebagai Razali, 46, berkata, longgokan sampah itu terletak hanya kira-kira 10 meter dari surau dan ia dipercayai dibawa dari kawasan luar dengan menggunakan lori sebelum dibuang di sebelah kawasan surau.


...Apa dah berlaku..kenapa sekarang baru nak mengadu..kejadian dah berlaku 3 tahun dahulu..kenapa tidak ada tindakan 3 tahun dahulu..dimana puncanya..apakah kerana wakil rakyat tak buat kerja..atau wakil rakyat makan rasuah..

..kasihan kariah surau..terpaksa menunaikan solat dalam keadaan tidak selesa..Tetapi mengapa kariah surau tidak membuat pagar di sekeliling surau atau jalan masuk ke kawasan tersebut?..oh ya bujet takder..wakil rakyat mungkin dah berjanji masa kempen pilihanraya tapi lepas pilihanraya lesap tah kemana..

..fikir fikirkanlah..

No comments:

Post a Comment