Wednesday, May 27, 2009

PM: K'jaan larang Chin Peng balik

Kerajaan tidak akan membenarkan bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) Chin Peng kembali semula negara ini, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Katanya, ini kerana ia akan menimbulkan rasa tidak puas hati terhadap waris mereka yang terkorban semasa darurat dahulu.

Perdana menteri memberitahu demikian dalam satu sidang akhbar di Putrajaya hari ini.

..Ini juga satu lagi berita yang menarik perhatian aku..kenapa samapi begitu kejam sekali kerajan kita..kenapa tidak benarkan saudara Chin Peng balik setelah sekian lama negara kita bebas dari pengaruh kominis..

..Alasan yang aku tak dapat terima..Akan timbulkan perasaan tidak puas hati pada waris para veteran perang yang tekorban semasa darurat..Berdendam sangatkah kita ini sebagai rakyat malaya..Setahu aku rakyat Malaya adalah sangat pemurah dan tidak berdendam..

...Apa ini mainan politikus politikus Malaysia..Korang fikir fikirkanlah..

...Oh ya satu lagi tadi aku tengok berita TV3..satu laporan menarik dimana bekas vateren perang tinggal di dalam rumah yang boleh di anggap pondok..Bagi aku para veteran perang sepetutnya tidak puas hati dengan penghargaan yang sepatutnya di terima oleh mereka dan waris waris mereka yang tekorban juga sepatutnya tidak puas atas perkara penghargaan bukannya tak puas hati bila Saudara Chin Peng mahu pulan ke tanah air sendiri..

...Janganlah kita terlalu di momokkan....Bangkitlah...Sedarlah....KUASA MALAYA semakin pudar...kuasa kita..KUASA MALAYA..

No comments:

Post a Comment