Sunday, May 17, 2009

Lega jaminan menteri..kosmo

KUALA LUMPUR – Pengurusan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) lega setelah projek kampus barunya di Tanjung Malim yang tertangguh beberapa kali sejak 2001 kini mendapat perhatian Kementerian Pengajian Tinggi dengan jaminan ia tetap akan siap mengikut jadual.

Naib Canselor UPSI, Prof. Datuk Dr. Aminah Ayob berkata, jaminan itu diharap memberi dorongan kepada kontraktor dan perunding Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk menyiapkan projek tersebut selewat-lewatnya Oktober tahun depan.

“Masalah ini sebenarnya serius kerana projek hanya bermula pada 2008 dan bukannya mengikut rancangan awal pada 2006.

“Kerja-kerja pembinaan juga terlalu perlahan dengan status kemajuan projek hanya 16 peratus,”

Ini lagi satu masalah yang dah lama timbul tapi tak di ambil peduli oleh pihak atasan..patutlah tokoh guru tahun nie merungut..naka tahu apa korang baca petikan di bawah dan korang nilai dan hah pikirlah sendiri apa kaitan nya..

Murid zaman teknologi cabar kemahiran guru

Ia diakui sendiri oleh tiga Tokoh Guru Kebangsaan 2009, Datuk Abdul Rahim Tahir, 63, Phua Seng Tiong, 64, dan Shahul Hamid Mydin Shah, 60.

Bagi Shahul Hamid, untuk menjadi pendidik berjaya, guru perlu melengkapkan diri dengan ilmu dan mengetahui peranan masing-masing dalam mendidik pelajar.

“Meskipun peranan guru dalam mendidik pelajar semakin mencabar, itu adalah satu perkara yang biasa sekiranya mereka menganggap murid-murid seperti anak sendiri.

Macam mana guru nak lengkap sedangkan kelengkapan untuk bakal bakal guru tak berapa nak lengkap..woit wartawan tolonglah mainkan peranan yang baik sikit dalam hal hal macam ni daripada korang sibuk dengan kisah percaturan politik..dah takyah nak lebih lebihkan sangat cerita perkembar(umno)tu..lebih baik korang tulis cerita pasal projek terbengkalai bagi rakyat semua faham dan nampak apa sebenarnya yang korang buat.