Wednesday, May 27, 2009

Kecut perut tengok sekolah - Nasib malang 800 murid apabila projek sekolah terbengkalai sejak tahun lepas

KEPALA BATAS - Lebih 800 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Paya Keladi di sini terpaksa belajar dalam keadaan bahaya dan tidak selesa selepas projek bangunan tambahan sekolah itu terbengkalai sejak tahun lalu.

Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah itu, Mansor Abdul Samat ketika mendedahkannya berkata, masalah itu menyebabkan ada ibu bapa kecut perut memikirkan keadaan anak-anak di sekolah sehingga mereka mengadu hampir setiap hari kepada pihaknya.

Namun katanya, kemajuan projek terhenti pada tahap 50 peratus apabila kontraktor menghadapi masalah kewangan ekoran kenaikan harga barang binaan.

Beliau berkata, kos bangunan tambahan, tandas serta kantin itu dianggarkan bernilai lebih RM3 juta dan kontraktor berkenaan telah menerima lebih RM1 juta sebagai bayaran kemajuan projek.

Tambahnya, pembinaan projek itu bermula dengan baik pada September 2007 tetapi ia mula perlahan sekitar Mac tahun lepas dan berhenti sepenuhnya pada Disember.



....Ini berita yang aku baca hari ini kenapa perkara ini boleh berlaku..kenapa setelah lima tahun terbengkalai baru nak di dedahkan..kenapa..apa yang terselindung..apakah ini salah wakil rakyat yang tak buat kerja tengok masalah setempat..atau ini salah ibu bapa yang tak nak tengok anak anak mereka bersekolah dalam keadaan selesa..salah ketua kampung..salah tok penghulu..atau salah kementerian pelajaran..KEMENTERIAN PELAJARAN..woit hangpa pon ada kroni kroni gak kaa..

....KEMANA HILANGNYA KUASA ORANG MALAYA..KUASA MALAYA

No comments:

Post a Comment