Tuesday, June 2, 2009

Pas Kelantan ditegur gagal jana pendapatan..ibrahim ali

PASIR MAS 1 Jun - Pemerintahan Pas di Kelantan ditegur berikutan kegagalan mengeksploitasi kekayaan alam semula jadi di negeri itu sejak memerintah hampir 20 tahun lalu kerana terlalu sibuk berpolitik.

Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali berkata, dalam tempoh tersebut, kerajaan negeri hanya mampu menjana pendapatan RM300 juta setahun sedangkan kekayaan alam semula jadi boleh dieksploitasi bagi menjana pendapatan.

Beliau berkata, kerajaan negeri sepatutnya mempunyai pelan tindakan bagi membangunkan segala sumber semula jadi di negeri itu secara terancang, malangnya ia gagal berbuat demikian.

"Setelah hampir dua dekad, kerajaan negeri hanya mampu menjana pendapatan RM300 juta setahun sehingga kini dengan RM120 juta daripadanya melalui premium hasil balak.

ibrahim yang juga Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) membuat teguran itu ketika bercakap kepada pemberita di Mukim Chasi, Chetok, Pasir Mas di sini hari ini.

Beliau berkata, jarang sekali ada seminar mengenai peluang-peluang pelaburan di negeri ini malah kerajaan negeri sendiri tidak ada inisiatif menarik pelaburan dari luar negara.

Keadaan itu katanya, tidak sepatutnya berlaku kerana kepelbagaian bentuk muka bumi Kelantan sepatutnya dieksploitasi sepenuhnya oleh kerajaan negeri dengan menjadikannya sebagai destinasi pelancongan utama.

"Ini teguran, kita bukan bercakap buta tuli dan tanpa akal. Pemimpin kena kreatif, ada inovasi, idea, fokus dan rajin. Kasihan kepada rakyat Kelantan sendiri.

"Kalau kerajaan negeri ada inovasi, ada idea semua ini boleh dicapai. Kita boleh tarik kemasukan pelancong dari Jepun, Eropah dan dari negara-negara Arab untuk mengunjungi negeri kita," tegas beliau.

Menurutnya, kepimpinan ulama Kelantan tidak sepatutnya terhad kepada soal keagamaan sahaja menyebabkan kehidupan rakyat semakin melarat tanpa kemajuan.

Menurut beliau, sebanyak 600,000 penduduk negeri ini terpaksa keluar mencari pekerjaan kerana tidak ada peluang untuk mereka di sini selain berkhidmat dengan sektor awam semata-mata.

..benarkah begitu..apa yang dinyatakan oleh datuk ibrahim ali ni..apakah kelantan begitu mundur..kerana tiada pembangunan rakyat kelantan melarat..

...apakah tiada pelabur luar negar masuk ke kelantan..apakah tiada lansung pelancung mengunjungi kelantan..berasaskah tuduhan beliau ini..

No comments:

Post a Comment